Subaru WRX 2006 dari filem Baby Driver untuk dijual

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan dunia hiburan sudah pasti tidak akan dapat melupakan kelibat sebuah Subaru WRX 2006 berwarna merah yang membintangi babak awal filem Baby Driver beberapa tahun yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kereta yang digunakan khusus untuk aksi pemanduan berani mati ini diberitakan telah pun muncul di laman web eBay untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat.

 

 


Menurut kata penjual, Subaru WRX ini telah dilengkapkan dengan trenkuasa boxer turbo 2.5 liter dari model WRX STi yang menghasilkan 300 kuasa kuda.

Enjin tersebut tidak dibiarkan standard dan telah menjalani proses modifikasi dengan komponen seperti omboh forged, klac Exedy Stage 1, LSD Cusco, brek tangan jenis hidraulik dan diff hadapan OS Giken.

 

 


Dari segi luaran, ia menerima layangan warna merah, manakala di bahagian dalam dilengkapi dengan kluster instrumen WRX STi dan aksesori STI yang 'berfungsi'.

Ketika artikel ini ditulis, nilai bidaan untuk kereta ini mencecah $19,000 (RM81,140), dan nilai tersebut berkemungkinan bakal menyaingi sebuah lagi kereta yang serupa pada harga $69,100 (RM295,091) yang terjual pada tahun 2017.

 


Filem Baby Driver yang ditayangkan pada tahun 2017 merupakan sebuah filem aksi yang dibintangi oleh Ansel Elgort, Kevin Spacey, Jamie Foxx, Jon Hamm dan Jon Bernthal.

Filem yang diarahkan oleh Edgar Wright ini mendapat sambutan yang cukup hangat dengan kutipan box office melebihi angka $226 juta (RM965 juta).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…