Zarco (gambar) yang juga pelumba utama bagi pasukan berkenaan menyifatkan bahawa pemilihan pelumba digelar El Pescao itu adalah tepat.
"Saya sangat gembira dengannya (Hafizh), saya harap kami dapat bekerjasama bersama-sama dalam menaikkan reputasi dan prestasi semasa pasukan musim ini.
"Pilihan dibuat pasukan adalah tepat kerana dia memiliki skil tunggangan yang hebat selain rendah hati dan tidak pernah jemu untuk belajar bagi menambah baik prestasi sedia ada," katanya.
Tambah Zarco, Hafizh mempunyai potensi yang sangat besar dan dia menjangkakan laluan pemuda tersebut untuk menempa nama dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih terbuka apabila bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3.