JDT Racing Team - TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah!

oleh Penyumbang Rencana|
Hanya selepas sebulan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pengumuman hasrat untuk menubuhkan pasukan JDT Racing Team, perbincangan awal telah berlangsung melibatkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Kedua-dua watak penting dalam penubuhan satu lagi cabang sukan dalam JDT itu bertemu dalam satu majlis di Johor Bahru yang menandakan permulaan projek baharu ini dan turut dihadiri Valeriano Rodriguez, pengurus teknikal JDT Racing Team.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku Ismail membawa Hafizh Syahrin dan tetamunya melawat garaj kereta miliknya.

“Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor telah bertemu Hafizh Syahrin, pelumba dan Valeriano (Rodriguez) untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.

“Bulan lalu, JDT mengumumkan niat untuk memasuki arena perlumbaan motosikal dengan pelumba terkemuka Malaysia itu.

“JDT Racing Team akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak,” tulis hantaran itu.

Dalam keadaan prestasi yang kurang memberangsangkan oleh pelumba negara di perlumbaan MotoGP baru-baru ini, diharap kerjasama ini akan mengembalikan semula zaman gemilang permotoran tempatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

- syabas TMJ -