Jika rakyat ingkar, PKP lanjut sehingga Jun!

oleh Mohamad Hanif|
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan hingga melepasi Jun ini jika sikap rakyat yang masih berdegil dan menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 bertambah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jika mereka terus berdegil dan kes jangkitan Covid-19 bertambah, besar kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun.

“Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.

“Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

PKP fasa ketiga akan bermula esok adalah waktu kritikal dalam usaha negara menghapuskan wabak Covid-19.

PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehinga 28 April dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Ketika ini PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bagi menguatkuatkuasa PKP.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…