Korea Selatan kesan 180 jet pejuang Korea Utara di garisan sempadan tentera

oleh Penyumbang Rencana|
Tentera Korea Selatan menghantar jet pejuang selepas mengesan kira-kira 180 pesawat pejuang Korea Utara terbang ke utara sempadan tentera selama empat jam.


Tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, pesawat Korea Utara itu terbang ke utara kawasan dipanggil garisan langkah taktikal 20 kilometer (km) ke utara Garisan Persempadanan Tentera (MDL).

 

“Korea Selatan menghantar 80 pesawat, termasuk, pesawat pejuang F-35A, sebagai tindak balas terhadap tindakan Korea Utara.

 

“Kira-kira 240 pesawat yang menyertai latihan udara dengan Amerika Syarikat (AS) meneruskan latihan itu,” katanya.

 

Sebanyak 10 pesawat pejuang Korea Utara melakukan gerakan serupa bulan lalu, mendorong Korea Selatan untuk menghantar jet sebagai tindak balas.

 

Gerakan itu berlaku selepas Korea Utara melepaskan lebih 80 das tembakan artileri ke dalam laut semalaman dan melancarkan beberapa peluru berpandu ke laut termasuk kemungkinan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang gagal.

 

Pelancaran itu mendorong AS dan Korea Selatan melanjutkan latihan udara yang menimbulkan kemarahan Pyongyang.

 

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama…
Berita Global
Namun, ia bukanlah penghalang bagi Hyundai untuk mendatangkan versi kemaskini terhadap sedan segmen…
Berita Global
Kini, ia telah pun rasmi dilancarkan untuk pasaran tersebut dengan membawakan rupa paras yang lebih…