Jeremy Clarkson rasa menyesal jual kereta ini...

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu video terbaharu yang diterbitkan oleh DriveTribe, bekas pengacara Top Gear Jeremy Clarkson membuat satu pengakuan di mana beliau berasa menyesal kerana telah melepaskan salah satu kereta yang ikonik dari pegangannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta yang dimaksudkan adalah BMW 3.0 CSL, di mana Jeremy Clarkson mendedahkan beliau menjual kereta tersebut pada harga lebih kurang £3,000 (RM16,938), namun tidak memperincikan sebab beliau melepaskan kereta tersebut.

Dalam erti kata lain, tindakan beliau pada ketika itu disifatkan sebagai 'bodoh'.

 


Ini kerana sekiranya BMW 3.0 CSL itu masih lagi disimpan sehingga kini, nilainya berkemungkinan besar mencecah enam angka!

BMW 3.0 CSL (L bermakna leicht, atau ringan) dibina sebagai sebuah model homologasi khas bagi membolehkan pengeluar itu berlumba di dalam European Touring Car Championship.

Apa yang membezakan antara BMW 3.0 CSL dengan model standard yang lain adalah kehadiran beberapa panel diperbuat daripada keluli yang lebih nipis untuk penjimatan berat seperti pintu, bonet, dan boot lid daripada aluminium, sementara kaca tingkap pula digantikan dengan Persplex.

 


Model tahun 1972 itu datang dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter, sementara model yang dipasang pada tahun 1973 pula mendapat peningkatan sesaran enjin, iaitu 3.2 liter  yang mampu menjana 203 hp dan 286 Nm.

Hanya 1,265 unit sahaja yang dibina oleh BMW dan 500 daripadanya dipasarkan khusus untuk United Kingdom.

 


Sumber gambar: Bring A Trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…
Berita Global
Episod istimewa dengan tajuk Eurocrash itu akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 16 Jun, dimana…
Berita Global
Bagi yang belum tahu, pada 2015, Prime Video telah mengambil pasukan Top Gear yang asal untuk…