Hayat The Grand Tour tamat, episod terakhir bakal ditayangkan pada tahun 2024

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selepas 7 tahun dan 5 musim, nampaknya hayat bagi rancangan The Grand Tour bersama trio terkenal iaitu Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May dilapor bakal berakhir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari penggambaran untuk episod terakhir di Zimbabwe.

Buat masa ini, Amazon Prime dan trio tersebut masih belum mengulas apa-apa perkara mengenai pengakhiran jelas rancangan tersebut.

Awal tahun ini, James May turut memberi bayangan melalui podcast "Fueling Around" bahawa penghujung The Grand Tour sudah hampir.

Dalam podcast tersebut May berkata, "Ia belum berakhir tetapi kami mungkin lebih dekat dengan penghujung daripada permulaan."

 

2

 

Menurut May juga tarikh akhir bagi rancangan tersebut masih belum dapat dipastikan, dan satu lagi episod terakhir yang bakal ditayangkan, dengan satu lagi penggambaran yang dirancang menjelang akhir tahun ini.

Menariknya, berita mengenai pengakhiran TGT datang lebih kurang seminggu sejak BBC mengumumkan bekas rancangan Clarkson, Hammond dan May, iaitu Top Gear, akan dihentikan berikutan kemalangan libatkan pengacara Andrew 'Freddie" Flintoff.

Edisi akhir TGT yang dirakam di Zimbabwe bakal ditayang pada tahun 2024, di mana projek-projek Amazon bersama Clarkson dan May, iaitu Clarkson's Farm dan Our Man In akan diteruskan, dengan musim ketiga juga ditetapkan untuk keluaran 2024.

Sebagai info, pada tahun 2015, Prime Video telah mengambil pasukan Top Gear yang asal untuk menghasilkan siri jelajah The Grand Tour melibatkan trio hos terkenal iaitu Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May.

Perkara itu terjadi selepas BBC memutuskan hubungan dengan Clarkson akibat insiden yang melibatkan hos terkenal itu menumbuk salah seorang penerbit rancangan Top Gear.

 

Sumber: BBC

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Episod istimewa dengan tajuk Eurocrash itu akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 16 Jun, dimana…
Berita Global
Kereta yang dimaksudkan adalah BMW 3.0 CSL, di mana Jeremy Clarkson mendedahkan beliau menjual…
Berita Global
Episod Grand Tour yang telah dilakukan di Madagascar akan ditayangkan pada penghujung tahun ini…