Jepun naikkan had laju dua lebuhraya utama ke 120 km/j

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara pihak berkuasa Jerman sedang meneliti perancangan untuk menguatkuasakan sekatan had laju, Jepun pula baharu sahaja meluluskan kenaikan had laju pada 120 km/j pada dua lebuhraya utama mereka. 

Zon berkelajuan tinggi itu meliputi jarak sejauh 50 km pada sebuah seksyen di Lebuhraya Shin-Tomei di Wilayah Shizuoka dan sebuah seksyen 27 kilometer di Lebuhraya Tokoku, Wilayah Iwate. 

Langkah tersebut dibuat setelah Jepun melaksanakan ujian selama dua tahun bermula dari Mac 2017 dan pihak berkuasa percaya, dengan kenaikan had laju tersebut tidak mendatangkan sebarang kemalangan. 

Menurut laman web Driven, Jepun kini mempunyai kadar kematian trafik per kapita terendah di dunia, dengan angka sebanyak 3,532 kematian berkaitan automotif jika dibandingkan dengan jumlah 16,000 pada tahun 1970-an.

Namun, had laju untuk jentera berat seperti trak besar masih lagi dihadkan kepada 80 km/j.

Sumber: Japanese Nostalgic Cars

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta-kereta moden kebanyakannya sudah pun mampu mencapai kelajuan lebuhraya (jika di Malaysia 110…