Turunkan had laju kebangsaan mampu selamatkan nyawa - kajian IIHS

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta-kereta moden kebanyakannya sudah pun mampu mencapai kelajuan lebuhraya (jika di Malaysia 110 km/j) dengan mudah senyap dan selesa tanpa perlu terseksa mendengar ngauman enjin. 

Seperti anda, kami juga ada kalanya mahukan lebuhraya dengan had kelajuan yang lebih tinggi macam Autobahn. 

Namun, tahukah anda, menurut kajian yang dibuat oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), lebih laju bermakna lebih ramai nyawa yang terkorban. 

Organisasi tersebut melakukan penyelidikan terhadap data kematian lalu lintas sejak dari tahun 1993 di mana tiada sebuah negeri mempunyai had laju lebih daripada 65 batu sejam (104 km/j) sehinggalah tahun 2017 (had laju 85 batu sejam atau 137 km/j). 

Analisis data yang didapati adalah seperti berikut:

  • setiap kenaikan had laju 5 batu sejam akan menyebabkan kadar kematian meningkat 8.5% atas lebuhraya dan jalan antara bandar, manakala 2.8% pada lain-lain jalan.
  • jika had laju tidak berubah daripada tahun 1993 (kekal 65 batu sejam), kadar kematian mungkin berkurangan 36,760 kes
  • berdasarkan data tahun 2017 sahaja, penguatkuasaan had laju mampu menyelamatkan 1,934 orang

sumber: Wikipedia


IIHS juga turut memberikan penekanan kepada kajian yang dibuat oleh National Research Council Committee yang bersetuju bahawa kenaikan had laju mampu meningkatkan kadar kemalangan dan kematian.

Menurut NRCC:

  • peningkatan had laju nasional daripada 55 batu sejam kepada 60-70 batu sejam menyebabkan kadar kematian meningkat daripada 3,000 kepada 5,000 kes pada tahun 1974
  • tahun 1983 juga menyaksikan penguatkuasaan kadar had laju mampu mengelakkan lebih ramai nyawa terkorban (4,000 kematian)
  • peningkatan kadar had laju kepada 65 batu sejam pada tahun 1987 menyebabkan kadar kematian bertambah sebanyak 2,000 orang dari tahun tersebut sehinggalah tahun 1990.

Statistik yang diperlihatkan mencadangkan supaya had laju kebangsaan diturunkan, akan tetapi rakyat Amerika dilihat sangat benci untuk memandu perlahan dalam keadaan jalan yang serba elok dan lurus pula.

 


Jika dibandingkan dengan Jepun, negara matahari tersebut baharu sahaja menaikkan kadar had laju dua lebuhraya utamanya kepada 120 km/j, jauh lebih rendah berbanding had laju Amerika 85 batu sejam (137 km/j). 

Namun, Jepun masih menghadkan kelajuan jentera berat kepada 80 km/j sahaja. 

Baca: Jepun naikkan had laju kepada 120 km/j

Sumber: Autoblog, IIHS 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam setiap ujian penilaian yang dibuat, Crown 2023 itu telah diberikan penilaian Baik (Good)…
Berita Global
Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu…
Berita Global
Dalam video terbaharu, beliau berkongsikan pengalamannya terselamat daripada kemalangan yang…