Laporan daripada Reuters itu turut mendedahkan bahawa Jepun kini mempunyai misi untuk mengurangkan emisi karbon kepada sifar menjelang tahun 2050.
Langkah terbaharu tersebut menjadikan Jepun sebagai negara G7 kedua yang telah menetapkan tarikh akhir bagi menghentikan penjualan kenderaan berenjin gasolin.
Perincian lanjut hanya akan dibentangkan menjelang akhir tahun ini, menurut wakil kerajaan Katsunobu Kato dalam satu sidang media Khamis lalu.
Sumber: Reuters