Jentera baharu YZR-M1 pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, pelumba pasukan pengilang Monster Energy Yamaha iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales masing-masing tampil mempamerkan jentera baharu untuk musim perlumbaan 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera Yamaha YZR-M1 yang ditampilkan menggunakan liveri yang hampir serupa seperti yang digunakan pada musim lalu. 

 


Acara tersebut turut dihadiri oleh Prinsipal Pasukan dan Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis dan penguji jentera baharu Jorge Lorenzo.

Seperti yang diketahui, khidmat pelumba Vinales dan Rossi masih lagi diperlukan untuk musim perlumbaan 2020, dan Vinales juga sudah pun dilaporkan melanjutkan kontrak sehingga 2021. 
 


Manakala nasib Rossi pula tidak diketahui buat masa ini. 

Jorge Lorenzo juga membuat kejutan tahun ini apabila disahkan menyertai pasukan pengilang Yamaha namun bukan sebagai pelumba, akan tetapi sebagai penguji jentera. 

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Menurut laporan daripada MotoGP, langkah ini adalah susulan daripada aksi pelumba itu yang mampu…
MotorGP
Beliau diberitakan menyertai pasukan Aprilia untuk MotoGP World Championship 2022. Menurut laporan…
MotorGP
Selain daripada itu, pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP juga telah ditarik 20 mata sementara…