SAH: Maveric Vinales tinggalkan Yamaha hujung tahun ini, sertai Aprilia

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu berita mengejutkan, pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP Maveric Vinales sah meninggalkan pasukan tersebut menjelang akhir tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau diberitakan menyertai pasukan Aprilia untuk MotoGP World Championship 2022.

Menurut laporan daripada MotoGP, Yamaha bersetuju untuk menamatkan kontrak dua tahun bersama Maveric Vinales itu setahun lebih awal atas permintaan pelumba Sepanyol itu.

Sepanjang lima tahun bersama pasukan itu, Vinales telah pun meraih lapan kemenangan selain konsisten meletakkan diri di dalam kelompok enam teratas pelumba MotoGP sebelum ini.

Walaubagaimanapun, prestasi yang kurang memberangsangkan ketika GP Jerman dikatakan merupakan penyebab utama pelumba itu 'berhijrah' ke Aprilia musim depan.

Sumber: MotoGP