Jenama Borgward fail bankrap buat kali kedua

oleh Mohamad Hanif|
Jenama klasik Jerman yang dibangkitkan semula oleh China, Borgward nampaknya tidak hidup lama di dunia apabila syarikat itu dilaporkan akan memfailkan kebankrapan pada awal bulan depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu Pandaily, "jenama Borgward tidak akan berjaya, tiada pembeli yang berminat untuk ambil alih. Jadi memfailkan kebankrapan adalah pilihan terbaik.

Borgward dilihat berada di landasan yang betul menerusi pelancaran model BX7, dengan angka jualan mencecah 6,000 unit, namun ia tidak bertahan lama.

Apatah lagi selepas mengumumkan sasaran untuk menjual 800,000 unit di peringkat global, Borgward hanya mampu menjual kira-kira 5,000 unit pada separuh pertama tahun 2020.

Borgward merupakan jenama Jerman yang dibeli oleh syarikat BAIC Foton pada tahun 2014, namun disebabkan Foton lebih fokus kepada pasaran kenderaan komersial, jenama Borgward sedikit tenggelam.

Malah di Malaysia, Borgward penah membawa masuk model BX5 yang disasarkan bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5, Proton X70 dan Volkswagen Tiguan.

Entah kenapa walaupun harganya dikatakan sangat kompetitif, sukar untuk melihat kelibat SUV ini di atas jalan raya.

Sumber: Pandaily

Berita Berkenaan

Berita Global
Jenama yang pernah menjadi pengeluar ketiga terbesar di negara asal itu dihidupkan semula pada…
Berita Global
Terbaharu, menurut laporan daripada agensi Persatuan Kewangan China, Xiaomi dilaporkan sedang…
Model Terbaharu
Borgward Malaysia menerusi acara jelajah yang dianjurkan di Juru Auto City Pulau Pinang nampaknya…