JAOS tawar kit badan untuk Land Cruiser 300 Series

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda tidak begitu berminat dengan penawaran kit badan Land Cruiser ala 'Pimp my ride' seperti Modellista, Liberty Walk, dan sama waktu dengannya, kit badan dari Jaos mungkin lebih sesuai dan kena dengan jiwa anda.

Ini kerana sekali pandang, Land Cruiser 300 ini seakan dilengkapi dengan aksesori original dari kilang Toyota, dan bukannya sekadar 'add-on' yang merapu dan mengarut sehingga menyakitkan jiwa dan raga pemerhati.
 

Jaos


Jaos yang sebelum ini memperlihatkan konsep Lexus LX 600 "Offroad" kini hadir dengan penawaran aksesori untuk Land Cruiser 300 Series yang dilihat sebati dengan bahasa rekaan asal Land Cruiser.

Penawaran kit tersebut merangkumi penambahan perlindungan bampar hadapan, fender dengan kemasan ala karbon, perlindungan pada pemegang pintu, rak bumbung dengan lampu terintegrasi, pelekat grafik serta peredam ekzos Battlez Muffler ZS-2 dengan tip berkembar.
 

Jaos


Untuk menaikkan lagi penampilan Land Cruiser ini, Jaos menawarkan set rim baharu Jaos Tribe Cross bersaiz 20 inci dengan kemasan Matt Gun Metallic, serta balutan tayar Toyo Open Country R bersaiz 285/55.

Aspek pengendalian tidak dilupakan, di mana Jaos menaiktaraf sistem gantungan SUV off-road ini dengan spring gegelung Battlez Ti-W, serta meningkatkan lagi jarak kelegaan tanah sebanyak 40 mm daripada jarak standard 235 mm.

Pakej yang ditawarkan di atas (tidak semua) beserta rim bersaiz 20 inci itu tadi disenaraikan bermula dari ¥81,400 (RM2,954).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti model lain, LX 450 yang merupakan SUV pertama dari Lexus dijenamakan semula dari Toyota…