LX 600 "OFFROAD" JAOS - SUV Lexus digaya dengan imej lasak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus LX 600 OFFROAD JAOS
Lexus LX 600 OFFROAD JAOS
Lama dahulu kenderaan pacuan empat roda direka dengan karakter utilitarian dan dibeli untuk kegunaan lasak.

Dari situ, ianya berevolusi kepada SUV dan direka bergaya untuk meredah hutan bandar.

Ada yang membelinya supaya lebih yakin untuk memandu disebabkan jarak pandangan jauh dan tinggi selain lebih selesa mengharungi keadaan jalan raya dan cuaca yang pelbagai.

Pengeluar mewah juga turut menawarkan SUV sehingga ianya dijadikan siri dari segmen kecil hingga besar.

Di antara SUV mewah yang ditawarkan kepada pengguna ialah Lexus LX.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Lexus LX 600 OFFROAD JAOS

 

Seperti model lain, LX 450 yang merupakan SUV pertama dari Lexus dijenamakan semula dari Toyota Land Cruiser. 

Siri LX dikeluarkan dari tahun 1995 dan diteruskan sehingga kini melalui generasi ketiga yang diperkenalkan pada tahun 2021.

Tidak seperti dahulu, kenderaan Lexus sudah pun menggunakan identiti tersendiri dan LX terbaru tampil dengan wajah agresif.

Dengan gayaan tersebut adakah karakter asal LX sebagai sebuah SUV mewah dan lasak telah hilang?

 

Lexus LX 600 OFFROAD JAOS

 

Begini jadinya apabila JAOS Corporation dan Lexus bekerjasama bagi mempertontonkan LX "OFFROAD" di ruang pameran JAOS di Pameran Kenderaan Tokyo (TAS) 2022.

Seperkara menarik apabila pameran itu dibuat pada hari yang sama LX dijual di Jepun. 

Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, JAOS telah banyak membangunkan komponen 4WD dan SUV.

Kerjasama ini adalah hasil daripada hasrat kedua-dua syarikat bagi membolehkan pelanggan merasai pengalaman baharu.

 

Lexus LX 600 OFFROAD JAOS

 

Bahagian luar SUV ini menggunakan komponen seperti arka roda, pelindung bawah bampar depan dan belakang yang diperbuat dari CFRP.

Kelihatan menyerlah ialah roda forged 20 inci yang dibangunkan khas ENKEI oleh TEAM JAOS melalui penglibatan mereka di dalam sukan rali antarabangsa.

Dipadan bersama roda ialah tayar TOYO Open Country A/TIII dengan saiz 285/55R20.

Pelindung selut pula menambahkan lagi gayaan rali dan kombinasi roda dan tayar berjaya menampakkan sisi berbeza LX.

Di pasaran, Lexus LX ditawarkan dengan pilihan enjin 3.4L V6 turbo berkembar petrol dan 3.3L V6 turbo berkembar diesel.

 

Lexus LX 600 OFFROAD JAOS

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin