Jam tangan fitness Casio G-Shock GBD-200 bakal tiba di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini Casio telah memperlihatkan secara rasmi sebuah model jam tangan baharu G-Squad yang dinamakan sebagai GBD-200.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penawaran, Casio G-Shock GBD-200 merupakan sebuah jam tangan fitness yang membawakan fungsi-fungsi yang hampir serupa dengan model GBD-100 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Rekaan luarannya sememangnya mengingatkan kita kepada model G-Shock yang pertama, DW-5000C yang dilepaskan kepada umum pada tahun 1983.

 

GBD-200 vs GBD-100.


Disebabkan rekaan itu, GBD-200 memiliki dimensi yang lebih kompak, iaitu 2.0 mm lebih nipis, 8.8 mm lebih pendek dan 3.4 mm lebih tirus jika dibandingkan dengan model GBD-100.

Selain daripada itu, model baharu ini juga lebih ringan, 58 g sahaja berbanding model GBD-100 seberat 69 g.

Namun, antaramuka jam serta fungsi yang dibawakan pada GBD-200 adalah serupa dengan apa yang ditawarkan pada model GBD-100, seperti keupayaan penjejak rentak larian masa nyata, fungsi GPS, dan keupayaan untuk disambungkan kepada peranti pintar menerusi aplikasi G-Shock Move.

 


Menurut laporan daripada Lowyat.net, wakil Casio Malaysia telah mengesahkan kemasukan model baharu ini dalam masa terdekat, namun tiada sebarang harga jualan didedahkan buat masa ini.


 

Sumber: Lowyat.net

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…