Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka hari ini!

oleh SALINA JALIL|
Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 dekat sini yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh pada 2 Disember lalu tetap dibuka kepada semua lalu lintas hari ini (Jumaat) seperti yang diumumkan sebelum ini.


Mengenai laporan media Rabu lalu bahawa jalan berkenaan masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan, Datuk Zolkafly Harun berkata, perkara itu disebabkan berlaku sedikit salah faham
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Zolkafly  berkata, laluan itu akan dibuka mulai esok setelah kerja-kerja pembersihan cerun siap sepenuhnya.

 

“Jalan berkenaan akan dibuka mulai esok memandangkan kerja pembersihan cerun telah siap sepenuhnya dan perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

“Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada justifikasi dan penilaian risiko yang dikeluarkan oleh Unit Cerun JKR dari semasa ke semasa.

 

“Justeru, pengguna jalan bagi laluan itu dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dan melakukan perancangan awal ketika memandu di laluan tersebut,” katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2022 Perak pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

 

Pada 2 Disember lalu, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

 

 

UtusanOnline

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK…
Informasi
  Katanya, siasatan lanjut dilakukan segera susulan dakwaan kejadian berlaku berhampiran Kuala Woh…
Informasi
  Menurutnya, kesesakan biasanya berlaku di antara Tanah Rata ke Tringkap terutama di Kea Farm di…