Kenderaan hanyut BUKAN di Jalan Tapah-Cameron Highlands

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Polis menafikan video tular yang menunjukkan kenderaan dihanyutkan air berarus deras, berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 54 saat itu pada 6.30 petang Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, siasatan lanjut dilakukan segera susulan dakwaan kejadian berlaku berhampiran Kuala Woh.

"Hasil siasatan mengesahkan kejadian itu tidak berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands dan polis mengingatkan pihak terbabit agar menghentikan penularan video yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Seksyen 505b Kanun Keseksaan.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketika sedang bertugas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu…
Informasi
  Menurut Nuarjan, syarikat kereta terpakai itu menghubunginya pada dua minggu lalu dan menyatakan…