Jakpro mulakan fasa pembangunan Litar Formula E di Kompleks Monas, Jakarta

oleh Mohamad Hanif|
Pihak pemaju PT Jakarta Propertindo (Jakpro) akan memulakan fasa pembangunan litar untuk Formula E yang akan mengambil tempat di kompleks Monumen Nasional (Monas) di Jakarta Sentral.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Litar untuk perlumbaan sifar emisi tersebut dijangka akan siap pada April nanti bagi memberikan laluan kepada persiapan Formula E yang akan berlangsung pada 6 Jun 2020. 

Cadangan untuk membina litar jalanan di kompleks Monas tersebut menerima kritikan daripada umum disebabkan kos pembinaan yang jauh lebih tinggi berbanding litar di Hong Kong walaupun bahan yang digunakan adalah lebih kurang serupa. 
 


Sebagai perbandingan, kos untuk membangunkan litar Formula E di Jakarta bernilai US$1.1 bilion (RM4.55 billion) berbanding Hong Kong sebanyak $39 juta (RM161 juta) sahaja. 

Selain daripada itu, lokasinya yang terletak di tapak warisan budaya menyebabkan cadangan tersebut ditolak pada mulanya dengan mencadangkan alternatif seperti Jl. MH Thamrin, Jl. Jenderal Sudirman dan lokasi sekitar Stadium Gelora Bung Karno. 

Namun, keputusan terbaharu dibuat dengan mengekalkan lokasi yang sama (kompleks Monas) oleh kerana tahap kebersihan, persekitaran dan tahap keselamatan di kawasan tersebut. 
 


Pihak penganjur juga akan berkolaborasi dengan pelbagai agensi yang berkaitan demi menjaga kawasan tersebut daripada sebarang kerosakan sepanjang acara perlumbaan Formula E dijalankan.

Sumber: The Jakarta Post 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang dijadualkan pada Sabtu 13 dan Ahad 14 April itu bakal mengambil tempat di Litar…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Ini kerana separuh kedua perlumbaan Formula E akan mengambil tempat di Jakarta, Indonesia di mana…