Jentera lumba Formula E Porsche 99X bakal merasai iklim tropika Asia Tenggara Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Bukan satu, tapi dua buah jentera lumba Formula E Porsche 99X Electric dikatakan bersedia untuk menempuh iklim tropika pada 4 Jun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana separuh kedua perlumbaan Formula E akan mengambil tempat di Jakarta, Indonesia di mana negara itu buat pertama kali menganjurkan ABB FIA Formula E World Championship.

Pasukan TAG Heuer Porsche Formual E Team menjangkakan penghujung minggu yang sukar disebabkan oleh perubahan cuaca yang ekstrem dengan suhu yang mampu mencecah 35 darjah Celcius serta risiko hujan dan kilat di sana.
 

99X


Litar Jakarta International E-Prix yang bakal menjadi medan pertempuran Formula E itu terletak di daerah Ancol yang menggunakan Teluk Jakarta sebagai latar belakang.

Litar jalanan sepanjang 2.37 km itu menampilkan sehingga 18 selekoh, dan seksyen permulaan/tamat merupakan salah satu jalan lurus yang tepanjang di dalam kalendar Formula E.  

Porsche 99X Electric merupakan jentera lumba jenis open-wheel yang dibangunkan oleh Porsche, di mana ia menampilkan trenkuasa E Performance yang bertindak sebagai medan pembangunan bagi kegunaan model produksi berkuasa elektrik pada masa akan datang.
 

99X


Untuk musim perlumbaan 2021/2022, Porsche 99X Electric mempunyai output maksimum 250 kW (335 hp) untuk sesi kelayakan dan 220 kW (295 hp) dalam mod perlumbaan normal.

Porsche juga turut mengerahkan kereta sports elektrik Porsche Taycan Turbo S sebagai jentera keselamatan bagi perlumbaan Formula E dengan kuasa sehingga 761 PS, pecutan 0-100 km/j sepantas 2.8 saat dan kelajuan tertinggi 260 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Porsche bekerjasama dengan syarikat jam tangan terkemuka, Tag Heuer, dan pasukan baharu ini…