Jajan Mugen untuk Honda Civic hatchback!

oleh Mohamad Hanif|
Kita telah pun melihat penawaran Mugen terhadap hot hatch Honda Civic Type R, akan tetapi bagi mereka yang memiliki Honda Civic hatchback standard, usah risau kerana Mugen juga ada jawapan tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun sekali imbas, ia tidaklah seagresif apa yang ditawarkan pada model Type R, setidak-tidaknya ia mampu memberikan rupa paras yang lebih menawan dan mampu untuk menggetarkan hati pemilik sedan segmen terkecil di Malaysia ini.

 

 


Dari segi luaran, terdapat penawaran spoiler lip, skirt sisi, diffuser belakang, serta set roda aloi 19 inci yang menyerupai unit terdapat pada Civic Type R Mugen.

Namun, senarai yang diberikan sebenarnya lebih panjang - anda boleh mendapatkan barangan berikut seperti kemasan gril gentian karbon, kemasan bumper hadapan, spoiler tailgate, lampu LED belakang rekaan baharu, pad brek, rotor brek, visor tingkap, pelindung cermin sisi gentian karbon, pelindung pemegang pintu serta pemegang nombor pendaftaran daripada gentian karbon!

 


Jika diperhatikan, set ekzos sport kustom yang ditawarkan kini menampilkan rekaan heksagon dengan dua muncung yang menyerupai bentuk nozel jet pejuang.

Sementara dalam ruang kabin pula, Mugen menawarkan roda stereng sports, tempat duduk jenis bucket penuh, quick shifter, suis mula/berhenti, perlindungan panel pintu, scuff plate serta alas lantai kustom.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Jepun itu bakal mempamerkan dua buah Civic FL5 dengan hasil modifikasi terbaharunya…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…
Gaya Hidup
Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan…