Jaguar F-PACE dilancarkan di Malaysia - 300 PS/400 Nm, 20 unit sahaja, bermula dari RM436 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia telah membawa masuk sebuah model SUV F-PACE edisi terhad, dengan penawaran enjin Ingenium 2.0 liter turbo serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin tersebut merupakan enjin Ingenium Jaguar yang paling berkuasa di dalam produksi, menghasilkan 300 PS (@ 5,500 rpm) dan daya kilas 400 Nm yang masuk antara julat 1,500-4,500 rpm putaran enjin.

Dipadankan dengan transmisi ZF 8HP45 lapan nisbah kelajuan, kuasa pecutan pula adalah sepantas 6.1 saat dari pegun ke 100 km/j dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 233 km/j.

Penggunaan pengecas turbo jenis twin scroll dikatakan mampu mengurangkan kadar sela masa turbo (turbo lag) selain meningkatkan lagi respons enjin.

Sementara ciri menarik pada transmisi itu tadi adalah penggunaan 'pendulum damper' di dalam torque converter yang mampu menyerap gegaran berfrekuensi rendah, membolehkan enjin beroperasi pada kelajuan tendah tanpa mengorbankan keselesaan.
 


Selain daripada itu, F-PACE turut hadir menggunakan teknologi Jaguar yang dinamakan sebagai Configurable Dynamics dan Adaptive Dynamics.

Configurable Dynamics - ciri standard untuk varian R-Sport - membolehkan pemandu memilih tetapan Normal atau Sports untuk aspek respons pendikit, kotak gear dan juga stereng.

Manakala Adaptive Dynamics (untuk varian tertinggi) pula menganalisa data pecutan, pemanduan di selekoh, aktiviti pendikit dan brek untuk dioptimasikan dan disesuaikan dengan kondisi dan stail pemanduan, selain mengekalkan dinamik dan keselesaan kenderaan.

Ditawarkan sebanyak 20 unit sahaja di Malaysia, Jaguar F-PACE ini hadir dengan kelengkapan yang mampu mengujakan pemanduan, sperti Gesture Tailgate, sistem Touch Pro 10 inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, Bantuan kekal Laluan dan Sistem Pemantauan Keadaan Pemandu.

Spesifikasi Jaguar F-PACE boleh didapati dalam tiga varian, iaitu varian aras mula Prestige dengan ciri sistem pemantauan tekanan tayar, rim aloi 20 inci, dan ciri Rear Seat Remote Release Lever dan Power Reclining Rear Seat.

Varian pertengahan (R-Sport) pula menerima ciri tambahan lampu utama LED adaptif, lampu DRL, bantuan suluhan tinggi automatik, pencahayaan dalam ambien dan rel bumbung berwarna hitam berkilat.
 


Versi tertinggi F-PACE R-Sport Hi-Spec pula menerima ciri Adaptive Surface Response (AdsR) yang mampu mengesan perbezaan antara permukaan jalan seterusnya mengubah kadar cengkaman tayar sedia ada menerusi tetapan enjin dan juga brek.

Sistem AdsR ini mampu beroperasi dalam semua kelajuan dan memastikan prestasi kenderaan dioptimasikan untuk semua keadaan pemanduan, dan membenarkan pemandu membuat perubahan yang lebih lancar.

Selain daripada ciri AdsR di atas, varian tertinggi ini menerima set rim bersaiz 22 inci.

Jaguar F-PACE boleh didapati dalam warna Fuji White, Santorini Black, Eiger Grey, Portofino Blue, Firenze Red dan Indus Silver.

Harga jualan (dengan pengecualian cukai jualan, tanpa insurans dan cukai jalan) adalah seperti berikut:

F-PACE Prestige - RM436,420.82
F-PACE R-Sport - RM470,212.97
F-PACE R-Sport (Hi-spec) - RM485,433.81

Setiap model Jaguar hadir dengan program 'Jaguar Care' yang merangkumi jaminan lima tahun, program servis berkala lima tahun dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin ini dipadan bersama transmisi lapan kelajuan automatik. Sistem All-Wheel Drive with…