Jaguar F-PACE SVR, SUV prestasi tinggi 5000cc V8 supercharged!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jaguar F-PACE SVR
Jaguar F-PACE SVR
Memang sudah jelas amalan pengeluar sekarang ialah menggunakan enjin kecil dengan pengecas turbo untuk kenderaan mereka. Bukan setakat kecil, jumlah silinder dikurangkan dari empat kepada tiga sahaja.

Namun tidak semua pengeluar memilih jalan yang sama, ada lagi menawarkan enjin besar seperti SUV F-PACE SVR baharu dari Jaguar.

Model ini sebenarnya bukan lagi SUV biasa kerana ia telah melangkah ke sempadan dunia berprestasi.

Pertama sekali, F-PACE SVR dibekalkan enjin petrol bersesaran 5,000 cc V8 dengan kuasa 550PS dan tork 700Nm. 
Jaguar F-PACE SVR

 

Enjin ini dipadan bersama transmisi lapan kelajuan automatik. Sistem All-Wheel Drive with Intelligent Driveline Dynamics dilengkapi sebagai pacuan standard.

Teknologi semua roda itu bias kepada pacuan roda belakang untuk lebih pengalaman mengasyikkan buat pemandu.

Sistem itu juga mempunyai perisian jangkaan dan reaksi (predictive and reactive software) yang boleh membahagikan daya kilas pada gandar depan dan belakang secara bebas. 

Dari segi prestasi, enjin dengan teknologi supercaj F-PACE SVR mampu memecut dari 0-100kmm/j dalam masa empat saat sahaja. 

Daya pecutan itu berada di dalam lingkungan kereta super manakala kelajuan maksimum ialah 286 km/j.

 

Jaguar F-PACE SVR

 

Selain enjin berprestasi tinggi, jenama SVR turut melonjakkan SUV ini.

SVR yang merupakan akronim kepada Special Vehicle Operations terdiri dari pakar pereka, jurutera dan juruteknik Jaguar yang tugasnya mempertingkatkan prestasi dan ciri kemewahan kenderaan Jaguar.

Sebuah lagi model Jaguar SV yang berprestasi ialah sedan XE SV Project 8.

Apa lagi yang dibuat pada F-PACE SVR? Steering rack baharu dengan kalibrasi SV dan peredam (damper) yang ditala semula. 

Daya pembrekan ditambah baik dengan mempertingkatkan penyejukan dan pad untuk lebih prestasi.

Turut dipertingkatkan ialah Integrated Power Booster baharu dan rasa pedal yang ditala semula memberikan lebih keyakinan buat pemandu.

 

Jaguar F-PACE SVR

 

Pada bahagian luar, komponen depan baharu berjaya mengurangkan angkatan (lift) sehingga 35 peratus, merendahkan kadar seretan dan semestinya tampil lebih garang.

Bahagian dalam F-PACE SVR tampil mewah dan sporti dengan pilihan kerusi sport balutan kulit slimline semi-aniline dan gabungan corak berbentuk berlian.

Dengan segala kelengkapan istimewa dan prestasi tinggi, Jaguar F-PACE SVR boleh dimiliki pada harga permulaan £77,595 (RM426,485) di United Kingdom.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Jaguar F-PACE SVR