JAECOO J7 BUKTIKAN SEKALI LAGI KEBOLEHAN DI UJIAN OFF ROAD M4TREC

oleh Firdaus Razani|
SUV premium sulung oleh JAECOO Malaysia, model J7, baru-baru ini telah diuji keupayaan “off road” di Pusat Latihan dan Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC) di Semenyih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keunggulan model J7 telah diuji semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik.

Model J7 menggabungkan Sistem Pintar Pemanduan Semua Jalan (ARDIS) dengan tujuh mod pemanduan mengikut permukaan jalan.

Selain mod ekonomi, biasa dan Standard Sport, varian JAECOO J7 Pacuan Semua Roda (AWD) khususnya, mempunyai empat mod permukaan jalan tambahan untuk mengemudi permukaan berpasir, berlumpur, medan salji dan medan ‘off road’.

 

j7

 

Model J7 juga mempunyai kapasiti harungan air sedalam 600 mm yang turut diuji di persekitaran harungan air dalam (Deep water wading) di litar M4TREC.

Kamera 540 darjah SUV ini berfungsi sebagai alat penting semasa mengemudi laluan berhalangan di M4TREC.

Ia dilengkapi dengan enjin 1.6TGDI dengan kuasa maksimum sehingga 194 HP dan 290Nm tork dipadankan dengan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan (tujuh-DCT).

 

j7

 

Selain itu, intervensi tork AWD mempunyai tempoh tindak balas sepantas 0.1 saat apabila mengemudi keadaan memandu yang mencabar.

JAECOO Malaysia telah membawa model SUV J7 menempuh cabaran litar M4TREC yang merangkumi ujian sisi cerun, ujian artikulasi, ujian lintasan bukit (ridge crossing), ujian “roller ramp”, dan persekitaran harungan air.

Berikut ujian yang dihadapi bagi menguji kebolehan lasak ‘Off-road’ JaecooJ7;

 

  1. Ujian ‘Roller Ramp’

a) Ujian ini mempamerkan kepantasan sistem AWD dalam mengagihkan tork pada keempat-empat roda sambil mengekalkan kestabilan. Sistem AWD Pintar JAECOO J7 menampilkan tempoh tindak balas sepantas 0.1 saat bagi intervensi sistem AWD.

b) Selain itu, ia menunjukkan keberkesanan kawalan cengkaman kenderaan ini yang bekerjasama dengan sistem AWD untuk memastikan tahap tork tepat yang diperlukan oleh setiap roda untuk membolehkan kenderaan bergerak dalam keadaan licin.

 

 

  1. Ujian Artikulasi

a) Ujian ini menunjukkan kekukuhan dan integriti struktur kenderaan ini. Secara amnya, lenturan berlebihan yang menghasilkan bunyi menunjukkan kemungkinan hadirnya kelemahan pada struktur.

Semua varian JAECOO J7 memaparkan penggunaan lebih dari 80% keluli berkekuatan tinggi yang melepasi tahap jenama-jenama premium besar dalam pasaran. Tahap kekukuhan yang tinggi menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan berkeyakinan.

 

j7

 

b) Hakikatnya, apabila SUV ini menjalani ujian artikulasi, pintu J7 didapati masih boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.

c) Kawalan Kestabilan - Demonstrasi ujian ini juga menunjukkan intervensi sistem AWD SUV ini yang beroperasi bersama-sama dengan sistem kestabilan.

Pemindahan tork dapat dilihat berlaku dari roda yang diangkat (dimana tork tidak diperlukan) ke 3 roda lain.

 

 

  1. Ujian Sisi Cerun

a) Ujian ini mempamerkan keupayaan model J7 mengekalkan kestabilan apabila memandu di atas permukaan cerun. Ini juga membantu menentukan sama ada kenderaan masih selamat atau di tahap berisiko untuk terbalik.

b) Menempuh permukaan bercerun memberikan cabaran kepada sistem kawalan cengkaman model J7.

c) Intervensi sistem AWD hanya mengambil masa 0.1 saat untuk mengagihkan tork dengan tepat.

 

j7

 

d) Brek roda individu mengawal putaran roda untuk mengelakkan kegelinciran.

e) Intervensi sistem kestabilan J7 menggunakan brek secara berpada-pada atau aras pendikit secara terpilih untuk mengelakkan oversteer atau understeer pada kelajuan rendah.

f) Kawalan turun bukit/curam boleh diaktifkan untuk membolehkan peralihan menuruni bukit secara stabil.

g) Selain itu, pemandu boleh menyesuaikan tetapan permukaan jalan mengikut 7 tahap mod.

 

 

  1. Ujian harungan air

a) Jarak kelegaan tanah tinggi sebanyak 200mm serta roda aloi 19-inci membolehkan J7 menavigasi dengan mudah melalui landskap yang sukar dan meredah air sedalam 600mm dengan mudah.

 

 

  1. Ujian Lintasan Bukit (Ridge Crossing)

a) Sudut pendekatan J7 berada pada 21 darjah manakala sudut berlepas adalah 29 darjah. Ini memastikan SUV ini boleh mengemudi sambil memastikan bahagian belakangnya melepasi halangan tanpa sebarang geseran.

 

j7

 

b) Ciri ini penting untuk kenderaan ‘off road’ agar membolehkannya merentasi bukit yang curam dan permukaan berbatu tanpa risiko kerosakan pada bahagian belakang (bumper) atau bahagian bawah kenderaan (undercarriage).

 

  1. Harungan air dalam

a) Keupayaan model J7 untuk mengharungi air sedalam 600mm memastikan prestasinya tidak terjejas serta tiada kerosakkan pada mana-mana komponen kenderaan.

 

j7

 

b) Ciri ini penting untuk kenderaan ‘off road’ ini agar memudahkan rentasan pelbagai jenis permukaan tanah, termasuk lintasan air cetek dengan penuh keyakinan dan boleh dipercayai.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat SUV lasak premium itu boleh mendaftarkan minat di roadshow JAECOO Premier Experience yang…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
M4TREC merupakan penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD…