JAECOO J7 BERJAYA BUKTIKAN PRESTASI DALAM CABARAN KURSUS OFF-ROAD M4TREC

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, model SUV off-road premium JAECOO J7 telah menjalani satu kursus off-road yang dimiliki oleh Pusat Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC) dan telah mendapat pujian tinggi daripada M4TREC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

M4TREC merupakan penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD bertaraf dunia dengan pelbagai cabaran ekstrem sebagai ujian kepada setiap SUV dan lain-lain.

 

JAECOO

 

Dalam penilaian yang menyeluruh terhadap JAECOOJ7, para pelatih pakar M4TREC telah menetapkan pelbagai halangan mencabar semasa ujian, termasuk ujian “roller ramp”, ujian artikulasi, lintasan bukit (ridge crossing), dan turunan cerun.

Hasil dari pelbagai ujian itu, JAECOO J7 menunjukkan kebolehan yang baik dalam mengatasi daripada keadaan jalan yang sukar serta ketahanan impak, dengan mudah menakluk halangan yang pelbagai.

 

JAECOO

 

Selain itu, JAECOO J7 menampilkan penalaan casis antarabangsa yang hebat, memberikan keputusan yang luar biasa dalam ujian elak halangan pada kelajuan 80 km/j, membuktikan prestasi pengendalian dan keselamatan yang cemerlang untuk kenderaan.

 

JAECOO

 

Tambahan itu juga, penggunaan Sistem Brek Bersepadu (IPB) membawa lapan kelebihan utama, termasuk integrasi tinggi, brek lebih cepat, tiada kemerosotan prestasi, dan campur tangan automatik.

Kemajuan ini secara signifikan meningkatkan langkah keselamatan dan keselesaan memandu JAECOO J7 serta membolehkannya melalui pelbagai keadaan jalan dan situasi yang tidak dijangka.

 

JAECOO

 

Melalui ujian off-road yang mencabar ini, JAECOO J7 sepenuhnya membuktikan kestabilan dan kemampuan di situasi yang kompleks, selaras dengan keperluan mobiliti elit bandar baru yang mengejar kualiti hidup yang tinggi dan mempunyai cita rasa yang unik.

 

JAECOO

 

Spesifikasi ringkas mengenai JAECOO J7, ia mempunyai enjin 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 194 hp dan 290 Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
SUV J7, yang kini dipamerkan pada orang ramai di bilik pameran, melambangkan semangat pengembaraan…
Berita Domestik
Selain berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa buah model yang dijangka akan masuk Malaysia…
Berita Domestik
Terdapat berita baik bagi mereka yang menantikan kehadiran model-model terbaharu jenama China itu…