Untuk kategori penumpang dewasa, skor 30.76 berjaya dicatatkan daripada markah penuh 36.00 disebabkan perlindungan yang sedikit memuaskan untuk pemandu, manakala untuk penumpang kanak-kanak, Isuzu D-Max berjaya memperoleh skor 42.78 daripada 49.00 markah penuh.
Bagi kategori bantuan keselamatan pula, daripada markah penuh 18.00, trak pikap tersebut mencatatkan skor sebanyak 13.40, terima kasih kepada kelengkapan seperti sistem pemantauan titik buta, peringatan tali pinggang keledar, namun tiada kelengkapan keselamatan termaju seperti brek kecemasan automatik, amaran keluar laluan, amaran pelanggaran hadapan dan bantuan kekal laluan.
Namun, secara keseluruhan dengan skor 83.16 peratus, ia melayakkan trak pikap Isuzu D-Max ini untuk mendapat skor lima bintang penuh.
Ujian turut merangkumi proses pemasangan pelbagai jenis kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kerusi baris hadapan dan baris kedua di mana daripada 9 jenis CRS yang diuji, hanya satu jenis sahaja yang disahkan tidak menepati kriteria yang ditetapkan.
Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Isuzu D-Max 2020 secara rasmi tidak akan memasuki pasaran Malaysia untuk tahun ini, memandangkan Isuzu Malaysia baharu sahaja memperkenalkan Isuzu D-Max dengan enjin 1.9 liter turbo beberapa bulan sebelum itu.
Mazda juga difahamkan akan menggunakan D-Max 2020 sebagai asas bagi pembangunan trak pikap generasi baharu BT-50 dengan pakej rekaan yang lebih premium dan berbeza berbanding D-Max 2020.
Untuk bacaan lanjut, anda boleh melayari pautan laporan PDF di bawah.