Isu tombol gear CR-V patah: Honda Malaysia ambil inisiatif sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
Isu tombol gear untuk Honda CR-V model terkini yang mudah patah dan tercabut telah menghantui segelintir pemilik-pemilik SUV popular tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta sendiri melihat surat rungutan dan gambar-gambar mengenai masalah tersebut dan Careta menghubungi sumber-sumber berkaitan.

Menurut mereka, Honda Malaysia tidak boleh lagi mengeluarkan pengumuman untuk isu tersebut kerana mereka perlu menunggu arahan dari ibupejabat Honda sendiri. 

Namun begitu, Honda Malaysia sedia maklum mengenai masalah tersebut dan mereka sudah membawa masuk komponen gantian yang akan dipasang secara percuma kepada mereka yang mengalami masalah tersebut.

Patah

 

“Masalah ini termasuk di dalam waranti dan akan digantikan secara percuma,” ujar sumber Careta.

Namun begitu, oleh kerana ia adalah masalah global, stok gantian yang diterima oleh Malaysia adalah terhad untuk masa sekarang. 

Honda Global dipercayai sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan stok-stok alatgantian dan Malaysia akan menerima stok sepenuhnya kelak.  

Honda Malaysia pastinya memandang serius masalah ini dan Careta nasihatkan agar pemilik yang mempunyai isu ini terus membuat pesanan gantian di pusat servis Honda.

Tidak logik untuk sebuah syarikat sebesar Honda mahu melengah-lengahkan masalah ini dan ia memerlukan sedikit masa untuk memastikan komponen gantian cukup untuk pasaran seluruh dunia.

Careta memantau isu ini dan akan menunggu pengumuman rasmi dari Honda Malaysia.

Untuk pengguna-pengguna Malaysia yang mempunyai sebarang masalah dengan kenderaan mereka (semua jenama), Careta menjemput mereka untuk menghantar mesej di Facebook Careta.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…