Isu harga tiket penerbangan domestik mahal, perbincangan sedang dijalankan

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung isu harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan mahal terutamanya ke Sabah dan Sarawak.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil perbincangan itu akan diberitahu kepadanya dalam masa terdekat.


“Kita faham harga tambang mahal kerana pelaksanaan penjarakan sosial jadi tidak boleh berkapasiti penuh. Dengan pematuhan penjarakan sosial, hanya 66 peratus sahaja ruang yang dipenuhi di dalam kapal terbang itu.
Modenas

 

Kita tahu harga tiket mencecah hampir RM2,000 bagi sehala penerbangan contohnya dari Miri ke Kuala Lumpur, justeru kita akan berbincang... semoga tidak ada isu lagi untuk mereka menaikkan harga tambang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

 

Beliau berkata terdapat permohonan daripada pihak syarikat penerbangan agar penumpang boleh memenuhi kerusi  di dalam kapal terbang.

 

“Mereka  memberi alasan segala butiran penumpang boleh diperoleh melalui manifes syarikat berkenaan dan mereka (penumpang) di setiap penerbangan juga boleh dikesan jika berlakunya kes dan perlu dihubungi.

 

Tetapi yang paling penting sekarang adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) perlu dipatuhi untuk membendung penularan wabak COVID-19,” tegasnya. 

 

Tinjauan Bernama mendapati ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan agak mahal dan menjadi topik hangat di media sosial.

 

Ini memandangkan ramai yang ingin pulang ke kampung halaman susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini yang membenarkan pergerakan rentas negeri dengan ramai yang perlu kembali ke tempat bertugas, contohnya guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak. 

 

 

 

Bernama

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, tempahan semula perlu dibuat pada atau sebelum 30 Jun…
Informasi
  "Sebanyak 24 perkhidmatan ETS ditawarkan setiap hari manakala KTM Antarabandar masih mengekalkan…
Berita Global
Lucky Air contohnya menawarkan pakej penerbangan domestik bermula dari harga 1,588 yuan (RM965)…