Tiket feri Labuan ke Sabah habis dijual untuk Aidilfitri

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengusaha feri roro Labuan mengesahkan tiket untuk kenderaan dan penumpang ke Menumbok, Sabah bagi seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri telah habis dijual.


Permintaan bagi perjalanan feri bagi laluan itu meningkat dengan mendadak walaupun perjalanan tambahan disediakan pengusaha feri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dua pengusaha feri - Labuan Mainland Link Sdn Bhd (LML) dan Juta Bonus Sdn Bhd- telah menjual ribuan tiket (penumpang dan kenderaan) menjelang cuti umum Aidilfitri dan cuti sekolah yang bermula pada 19 April ini.

Pengarah Urusan Labuan Mainland Link Major (K), Datuk David Ling, berkata operasi feri kekal sebagai pengangkutan laut yang penting untuk pengembara bagi laluan Labuan-Sabah sama ada untuk urusan kerja, perniagaan, pendidikan dan melancong.

"Kami mengamalkan slogan 'perkhidmatan pantas, efisien dan boleh dipercayai', kami akan terus menambah baik perkhidmatan dan memastikan keselamatan pengembara terutama dalam musim perayaan ini.

"Kakitangan kami berpengalaman dalam menangani kesesakan yang dijangka pada musim gabungan dua cuti iaitu Hari Raya dan cuti sekolah, memandangkan kami berdepan situasi ini pada setiap musim perayaan," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Ling berkata, syarikat itu mengendalikan empat feri roro iaitu Putrajaya 1, Goodwill Star, Kimanis 2 dan Joy Star, yang kini beroperasi setiap jam berbanding setiap dua dan tiga jam pada hari biasa, bagi menampung peningkatan pengembara yang mahu pulang ke Sabah.

Menurut Binabalu Sdn Bhd, ejen tiket bagi feri Galaxy dan Blue Ocean, pihaknya akan menyediakan tiga perjalanan setiap hari pada hari bekerja dan dua perjalanan pada hari minggu.

"Setakat hari ini, tiket dari Labuan ke Menumbok telah habis dijual dan tiket dari Menumbok ke Labuan hanya ada pada 3 Mei," kata jurucakap syarikat itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…