IPD PJ laksana sekatan jalan tambahan bermula tengah malam ini

oleh Mohamad Hanif|
Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya akan mula menguatkuasakan penambahan sekatan jalan bermula tengah malam ini (10 April 2020).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penambahan lokasi tersebut melibatkan Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara (MRT Mutiara Damansara) di kedua-dua arah terhadap dua lokasi SJR sedia ada iaitu di KM 0.3 Lebuhraya SPRINT menghala Tol Damansara, serta Persiaran Surian Pelangi Damansara.

Setakat ini, terdapat lima lokasi sekatan jalan raya kekal (24 jam) seperti berikut:

1. Penchala Link arah Damansara susur masuk ke Mutiara Damansara/Damansara Perdana
2. LDP susur masuk ke Mutiara Damansara/Damansara Perdana
3. LDP susur masuk ke Jalan PJU 8/8 Flora Damansara
4. Susur keluar ke Jalan PJU 7/8 (IKEA)
5. Lampu isyarat Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana susur Penchala Link/Kepong

Antara laluan alternatif untuk keluar dari kawasan Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara melalui:

1. Damansara Perdana ke Penchala Link melalui Jalan PJU 7/9 Mutiara Damansara (BHP)
2. Damansara Perdana ke Persiaran Surian melalui Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, sehingga kini terdapat 35 SJR didirikan di seluruh negara membabitkan pintu masuk…