PDRM - Jumlah sekatan jalan raya (SJR) akan ditambah untuk elak rentas negeri sempena Ramadan

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan untuk menambah jumlah sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bagi mengelak orang ramai mengambil kesempatan merentas negeri bagi menyambut Ramadan di kampung halaman masing-masing.


Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, polis turut mengarahkan semua anggota supaya menghentikan memberi nasihat, sebaliknya terus mengambil tindakan tegas ke atas individu yang merentas negeri tanpa sebab munasabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, sehingga kini terdapat 35 SJR didirikan di seluruh negara membabitkan pintu masuk sempadan negeri.

 

"Sudah menjadi budaya setiap kali menjelang Ramadan akan banyak pergerakan rentas negeri berlaku kerana mahu menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung.

 

"Oleh itu, bagi mengelak perkara ini berlaku polis mempertimbangkan untuk perketat pemeriksaan dengan menambah SJR terutamanya di laluan lorong tikus bagi memastikan tiada pergerakan rentas negeri tanpa sebab munasabah.

 

"Hal ini perlu kerana kes Covid-19 yang sepatutnya menurun dilihat masih tinggi bahkan timbul kluster-kluster baru ekoran pergerakan rentas negeri," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

 

Katanya, beliau menasihati orang ramai supaya mengawal pergerakan terlebih dahulu supaya dapat menyambut Hari Raya nanti.

 

"Pada masa ini jangan balik supaya nanti kita boleh raya dan sekarang tolong jaga pergerakan," katanya.

 

Mengulas mengenai arahan yang meminta individu yang ingin merentas negeri menyertakan jadual perjalanan serta aktiviti yang dilakukan, Zainal Abidin memaklumkan bahawa arahan itu bukan daripada pengurusan tertinggi PDRM.

 

"Kita tidak minta sampai tahap itu (jadual aktiviti) cuma kalau hendak rentas negeri sampai seminggu, kita cuma nak tahu apa alasannya," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…