Ini kronologi kemalangan yang melibatkan beg udara Takata dan panggilan semula oleh Honda

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini kronologi kemalangan yang melibatkan beg udara Takata dan panggilan semula oleh Honda
Ini kronologi kemalangan yang melibatkan beg udara Takata dan panggilan semula oleh Honda
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepertimana yang telah dinyatakan dalam artikel sebelum ini: 5 jiwa terkorban – Pemilik kenderaan Honda tahun 2001 – 2013 digesa beri perhatian serius!, pihak Honda Malaysia telah memulakan aktiviti penggantian beg udara Takata sejak 14 November 2014.

Walaupun pihak media kerap mewar-warkan panggilan penggantian beg udara ini namun sambutan dari pemilik kenderaan yang terlibat masih lagi belum mencapai sasaran yang dimahukan.

Bagi mendapatkan reaksi positif dengan mengambil tindakan yang betul agar proses penukaran ini dapat dilakukan dengan cemerlang, pihak Honda Malaysia telah berkongsi kronologi yang melibatkan permasalahan beg udara Takata seperti di bawah:-

27 Julai 2014

Sebuah kemalangan yang meledakkan beg udara di dalam Honda City 2003 di Sarawak. Seorang wanita hamil dan kandungannya terbunuh. Honda City berkenaan didaftar di Brunei dan dibuat di Thailand.

14 Nov 2014

Ekoran dari banyak laporan yang menyebabkan ledakan beg udara buatan Takata, Honda Malaysia dalam kenyataan tidak rasmi telah memanggil semula 15,734 buah model kenderaannya yang dijual untuk penggantian beg udara pemandu. Model utama yang terlibat ialah Honda City (merangkumi sebanyak 15,612 unit) yang dijual dari tahun 2003-2004 dan 122 unit model Honda Jazz yang dijual pada tahun 2004.

21 Mei 2015

Honda Malaysia memanggil semula 87,182 buah model kenderaannya (model-model yang terlibat ialah City 2003-2008, Civic 2003-2008, CR-V 2002-2007, Jazz 2004-2006 dan Stream 2004-2005) untuk penggantian beg udara pemandu dan penumpang hadapan.

10 Jun 2015

Honda Malaysia memanggil semula 46,710 buah model kenderaannya (sebanyak 26,186 unit model-model terlibat ialah City 2008-2009, Civic 2007-2009, CR-V 2007-2008 dan Jazz 2007 & 2009) untuk penggantian beg udara penumpang hadapan dan 20,524 unit Accord 2003-2007 untuk penggantian beg udara pemandu.

 

Model-model kenderaan Honda yang terlibat dengan panggilan semula beg udara Takata. Klik pada gambar untuk imej lebih besar.
Model-model kenderaan Honda yang terlibat dengan panggilan semula beg udara Takata. Klik pada gambar untuk imej lebih besar.

 

10 Julai 2015

Honda Malaysia sekali lagi mengumumkan pemanggilan semula 144,172 model kenderaannya (model-model yang terlibat ialah City 2006-2012, Civic 2006-2011, Civic Hybrid 2007-2011, CR-V 2007-2011,Insight 2011-2012, Jazz 2009-2012 dan Stream 2007-2012) untuk penggantian beg udara pemandu.

16 April 2016

Satu kemalangan yang meledakkan beg udara di dalam Honda City keluaran tahun 2006, seorang wanita terbunuh.

1 Mei 2016

Kematian di Kedah melibatkan Honda City, keluaran tahun 2003.

26 Jun 2016

Kemalangan di Kota Damansara mengakibatkan ledakan beg udara dalam kereta Honda City 2005. Seorang wanita terbunuh.

24 Sept 2016

Kematian di Johor berkaitan Honda City, keluaran 2009.

Pihak Honda Malaysia berharap dengan perkongsian kronologi ini, kesemua pelanggan Honda akan mengambil berat tentang potensi kecederaan yang bakal berlaku seterusnya berkunjung ke pusat servis Honda dan menyemak sama ada beg udara pada kenderaan perlu diganti atau selamat digunakan.

Anda juga boleh melayari productrecall.honda.com.my untuk semakan.

Selain itu, anda turut boleh menghubungi Honda di talian Tol Percuma: 1800 88 2020 atau mengunjungi mana-mana 91 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…