Indonesia minta AirAsia buka semula penerbangan ke Banda Aceh - Anthony Loke

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Anthony Loke
Kerajaan akan mengarahkan syarikat penerbangan AirAsia untuk membuka semula laluan penerbangan ke Banda Aceh, Indonesia atas permintaan kerajaan republik itu.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia merupakan antara langkah memperkukuhkan ketersambungan pengangkutan yang dibincangkan ketika lawatan rasmi rakan sejawatnya dari Indonesia Budi Karya Sumadi, yang diadakan di Bangunan Parlimen, pada Selasa.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Syarikat-syarikat penerbangan dari Malaysia akan diminta menambah kekerapan penerbangan di destinasi-destinasi di Indonesia khususnya di Jakarta yang kita tahu permintaannya melebihi kapasiti.

 

"Selepas pandemik Covid-19, ada juga penerbangan ke beberapa destinasi dihapuskan khususnya di Banda Acheh. Penerbangan ke Banda Acheh sebelum ini ditawarkan AirAsia.

"Jadi kita akan minta syarikat penerbangan itu mengembalikan semula perkhidmatan penerbangan antara Malaysia ke Banda Acheh," katanya.

 

Turut dibincangkan kemungkinan untuk menghidupkan perkhidmatan feri pengangkut 'Roll On Roll Off' (RORO) antara Tanjung Bruas, Melaka dan Dumai, Sumatera, Indonesia.

 

"Kita mengharapkan menjelang 2024, ada perkhidmatan RORO yang mana ia boleh membawa kenderaan dari Dumai ke Tanjung Bruas," ujarnya.

 

Sementara itu, Budi memberitahu, pengukuhan hubungan antara kedua-dua negara dalam sektor pengangkutan akan turut memberi nilai tambah kepada sektor ekonomi termasuk merancakkan lagi sektor pelancongan.

 

Katanya, ia seiring dengan permintaan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk meningkatkan hubungan ekonomi antara negara itu dan Malaysia.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan FMT, syarikat itu telah memfailkan saman terhadap AirAsia tahun lalu, mendakwa…
Informasi
  Menurutnya penerbangan ke/dari Quanzhou akan bermula semula dua kali seminggu, manakala ke/dari…
Berita Domestik
  "Jumlah tempat duduk tersedia ialah 11,400,” katanya pada sidang media  pada Selasa, selain…