Imej paten EV tiga dan empat roda buatan Kalashnikov terdedah!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi sesetengah pihak, Kalashnikov lebih dikenali sebagai pembuat raifal dan kelengkapan ketenteraan, namun sejak beberapa tahun ini syarikat itu turut aktif menceburkan diri dalam industri automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun 2018, syarikat itu pernah tampil dengan sebuah model prototaip EV dengan rekaan retro CV-1 Concept dengan beberapa teknologi kompleks "yang mampu untuk menandingi Tesla".
 

UV4


Selain daripada CV-1, Kalashnikov turut tampil dengan sebuah lagi model prototaip Izh UV-4 dengan rekaan yang biasa kita lihat sebelum ini - macam Renault Twizy dengan elemen tentera!

Imej paten yang diperoleh daripada pejabat pendaftaran paten Russia mendedahkan rekaan yang hampir serupa, dengan dimensi sepanjang 3.4 meter, lebar 1.5 meter dan tinggi 1.7 meter.
 

Kalashnikov


Kalashnikov tidak mendedahkan spesifikasi kereta elektrik ini, namun beberapa laporan terdahulu mencadangkan Izh UV-4 ini mempunyai kuasa sehingga 67 hp, kelajuan tertinggi 80 km/j, dan jarak pemanduan sejauh 150 km.

Selain daripada itu, Izh UV-4 turut mempunyai ciri seperti sistem pendingin hawa, sistem pemanas, kluster instrumen digital, skrin infotainmen serta sistem suspensi boleh laras.
 

Kalashnikov


Sebuah lagi model yang tidak diketahui namanya menampilkan penggayaan yang hampir sama dengan UV-4, namun dengan konfigurasi roda tunggal pada gandar belakang, rekaan kabin yang terdedah (sebab tiada pintu), serta kehadiran bumbung suria.

Setakat ini, Kalashnikov tidak memberikan sebarang petunjuk tentang pelancaran rasmi kedua-dua model yang dipamerkan dalam artikel ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Diinspirasikan daripada hatchback buatan Soviet pada tahun 1970-an, prototaip ini menurut…