Pengeluar AK-47 cuba takluki dunia dengan kereta elektrik CV-1

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar mesingan yang paling terkenal di dunia AK-47, iaitu Kalashnikov telah memperlihatkan kereta konsep elektrik CV-1 pada sebuah acara yang berlangsung di Moscow, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diinspirasikan daripada hatchback buatan Soviet pada tahun 1970-an, prototaip ini menurut Kalashnikov mampu bergerak sejauh 350 km dengan sekali pengecasan penuh. 
 


Tambah mereka lagi, walaupun rupa bentuk CV-1 tidak begitu moden, ia bakal menampilkan beberapa teknologi yang kompleks yang "mampu membolehkan mereka menandingi Tesla di mata dunia".

Sehingga artikel ini ditulis (dipetik daripada BBC), tiada sebarang maklumat lanjut yang didedahkan oleh Kalashnikov berkenaan spesifikasi teknikal dan julat harga yang bakal mereka tawarkan kepada para pengguna. 
 


Seperti mana yang kita boleh lihat, walaupun ia menggunakan platform yang begitu usang, ia menampilkan slot pengecasan bateri yang terletak di bahagian belakang kenderaan, serta penggunaan lampu jenis LED tiga lapis pada bahagian hadapan. 

Pendekatan terbaharu Kalashnikov ini menimbulkan reaksi yang berbeza pada rakyat Rusia oleh kerana Kalashnikov dilihat cuba untuk memvariasikan produk mereka sebelum ini menerusi penjenamaan pakaian, payung sehinggalah kepada aksesori telefon pintar. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun 2018, syarikat itu pernah tampil dengan sebuah model prototaip EV dengan rekaan retro CV-1…