Imej paten dedah ciri bantuan penunggang termaju (ARAS) pada Gold Wing - termasuk sistem imbangan kendiri!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Ducati, Honda juga bakal memperlihatkan kemajuan di dalam sistem keselamatan motosikal mereka tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini dibuktikan menerusi penemuan pendaftaran paten di Jerman pada Jun 2022 dimana ia menampilkan ciri bantuan penunggang termaju (Advanced Rider Assist System, ARAS) yang bakal dimuatkan pada motosikal Honda - termasuk model Honda Gold Wing.
 

Honda


Ciri ARAS itu menggandingkan beberapa teknologi termasuklah penderia, kamera, radar dan LIDAR bagi membantu beberapa fungsi seperti kawalan jelajah adaptif radar, sistem pengesanan titik buta, amaran keluar lorong, sistem bantuan pengekalan lorong, sistem brek pengelakan pelanggaran serta ciri yang digelar sebagai sistem pengimbangan kendiri.

Sistem pengimbangan kendiri (tumble suppression assistance torque) bukanlah satu perkara baharu buat Honda, memandangkan mereka sebelum ini telah memperlihatkan ciri yang sama menerusi model konsep Honda Riding Assist-e pada tahun 2017 lagi.
 


Menurut keterangan, ciri pengimbangan kendiri itu akan menggunakan data penderia MIU sedia ada untuk menentukan sama ada tahap kecondongan motosikal adalah bersifat sengaja (untuk mengambil selekoh) atau situasi di mana motosikal hilang kawalan.

Sekiranya sistem mengesan tahap kecondongan yang tidak sewajarnya, ia akan bertindak secara automatik untuk menstabilkan dan mengimbangi semula jentera itu daripada jatuh.

Lebih banyak butiran lanjut berkenaan sistem ARAS ini bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi motosikal-motosikal Honda kelak.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…