Imej Honda XR-V 2019 terbocor - nadi enjin VTEC 1.5L NA dan 1.5L Turbo!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin tidak ramai yang tahu, Honda HR-V juga mempunyai versi tersendiri yang dijual di Tanah Besar China, hasil kerjasama antara Dongfeng dan Honda. 

Namun, tidak seperti model yang dijual di pasaran global, HR-V di China membawakan nama XR-V dan menampilkan rekaan yang lebih sporty pada fascia hadapan dan belakang. 

Jika di Malaysia, Honda baharu sahaja memperkenalkan versi kemaskini yang masih membawakan imej lama, versi di China pula kini memakai front fascia ala-ala abang besarnya, Honda CR-V. 
 

XR-V 2014 vs XR-V 2019

Rekaan gril hadapan dengan elemen krom melintangi bahagian ini merupakan antara perubahan yang ketara, jika dilihat dari jauh mungkin ramai yang akan salah anggap ini adalah sebuah CR-V.

Rekaan bumper XR-V walaubagaimanapun masih mengekalkan imej yang sama seperti dahulu, nampak lebih gagah berbanding HR-V itu sendiri. 

Bahagian bumper belakang pula menampakkan sedikit kemas kini di mana terdapat bar krom memanjang melintangi bahagian itu. 
 


Apa yang menariknya, Honda XR-V juga dikatakan bakal menerima nadi enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang mampu menjana kuasa sekitar 177 hp yang digandingkan dengan transmisi CVT, menggantikan enjin 1.8 liter. 

Manakala varian terendah dijangka akan menerima enjin 1.5 liter aspirasi natural (NA) i-VTEC berkuasa 131 hp. 

Apa yang bakal membezakan kedua-dua varian ini adalah sistem ekzos di mana varian turbo akan dilengkapkan dengan sistem ekzos berkembar, berbanding paip tunggal pada varian NA.

Memandangkan Honda Malaysia juga bakal memeriahkan lagi tahun 2019 ini, mungkin ada baiknya jika mereka membawa masuk versi ini untuk pasaran Malaysia. 

Nampak lebih sporty, bukan? 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…