IM: Jenama EV Premium baharu oleh Alibaba dan SAIC

oleh Mohamad Hanif|
Persaingan untuk menghasilkan produk kenderaan elektrik masa kini menyaksikan perlumbaan beberapa syarikat berganding bahu untuk membentuk jenama EV yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah lagi jenama baharu EV yang lahir adalah Zhiji Auto / IM yang merupakan kerjasama antara Alibaba dan SAIC yang bakla menjadi jenama kenderaan elektrik premium di China.

Serentak dengan itu, IM telah memperlihatkan dua buah model sulung terdiri daripada sebuah sedan dan crossover.

 


Dari segi penampilan, sedan IM ini mempunyai rekaan yang lebih arus perdana, rekaan pemegang pintu yang tertanam, bumbung kaca panoramik, pod penderia pada bumbung serta ciri unik sistem pencahayaan pintar yang terdiri daripada 2.6 juta piksel cahaya yang boleh menunjukkan animasi dan status pengecasan.

Ruang belakang pula menampilkan unit lampu LED yang melintangi bahagian tersebut, sementara posisi nombor pendaftaran pula diletakkan di bahagian bawah bampar.

Sedan elektrik IM ini dibangunkan atas senibina aluminium di mana casis ini ditala secara khusus oleh Williams!

 


Unit trenkuasa terdiri daripada motor elektrik  berkembar yang mampu menghasilkan 536 kuasa kuda dan 700 Nm daya kilas, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda dan mampu memecut sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j.

Pek bateri 93 kWh adalah ciri standard, namun pembeli boleh mendapatkan pek bateri yang lebih besar - 115 kWh - yang mampu membenarkan jarak operasi sejauh 874 km untuk sekali cas penuh mengikut data NEDC.

Antara ciri menarik yang didatangkan adalah sistem pengecasan nirwayar berkelajuan tinggi yang diproduksikan secara besar-besaran untuk sedan IM ini.

Dengan keupayaan pengecasan sehingga 11 kW, ia membolehkan sedan elektrik ini mendapat jarak sejauh 70-80 km dalam masa lebih kurang sejam.

 


Memasuki ruang kabin, sedan IM ini didatangkan dengan penggunaan bahan kulit semi-aniline, trim kayu, aksen metalik, serta ciri yang paling menonjol iaitu skrin paparan lebar bersaiz 39 inci yang merentas seluruh papan pemuka.

Tidak cukup dengan itu, terdapat skrin tambahan yang terletak pada konsol tengah bersaiz 12.8 inci yang menyamai apa yang ada pada Mercedes S-Class 2021.

Dari segi teknologi, sedan IM ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kelengkapan yang merangkumi 15 unit kamera berdefinisi tinggi, 12 penderia ultrabunyi, dan radar gelombang 5 mm yang digunakan untuk menyokong sistem pemanduan semi-autonomi.

 


Namun begitu, NVIDIA telah mengesahkan bahawa model ini akan menggunakan platform pengiraan DRIVE Orin yang membenarkan operasi 500 - 1,000+ TOPS (trillion operations per second) untuk kegunaan pemanduan autonomi, personalisasi ciri di dalam kabin dan mampu dinaiktaraf menerusi kemaskini over-the-air.

Sedan IM ini akan dipamerkan di Shanghai Auto Show pada April ini, sementara crossover itu pula akan muncul pada tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sehingga Ogos 2023, pengeluar dari Korea Selatan itu akhirnya secara rasmi menghasilkan lebih satu…
Berita Domestik
Sebanyak 14,400 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad telah diserahkan kepada pelanggan…
Berita Domestik
  Bahkan harga barangan automotif tersebut dijangka naik lagi pada bulan depan antara lima hingga…