Harga tayar kereta semakin naik!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Bukan sekali harga tayar kenderaan naik, malah sehingga tiga kali kenaikan berlaku sejak awal tahun sehingga bulan ini menyebabkan ada pengguna yang menggunakan tayar sampai botak selagi tidak pancit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bahkan harga barangan automotif tersebut dijangka naik lagi pada bulan depan antara lima hingga 10 peratus daripada harga terkini.

 

Laporan dari Kosmo mengatakan kenaikan itu dikatakan berpunca daripada kos pengangkutan dan kos bahan mentah yang semakin meningkat selain nilai Ringgit yang semakin susut.

 

Pengurus Operasi Maxipura Continental Tyre & Services, Amat Fauzan Amat Rohim berkata, pihaknya telah menerima notis kenaikan harga tayar pada bulan depan daripada pembekal.

 

“Kalau ikutkan tahun ini harga tayar sudah naik lebih kurang tiga kali, mula naik sekitar April lalu, selepas itu bulan Julai dan notis yang terbaharu pula adalah bulan depan. Memo daripada pihak pembekal sudah mula dikeluarkan berkenaan kenaikan harga ini.

 

“Situasi sekarang di luar kawalan peniaga untuk mengawal harga tayar yang naik, semua jenis tayar sama ada import atau lokal terus mencatat kenaikan harga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

 

Fauzan memberitahu, harga terkini tayar kereta sedan yang mampu milik di kedainya bermula RM120 sebiji dan dijangka naik kepada RM140 sebiji bulan depan.

 

gambar hiasan - kerosakan tayar yang kerap kali terjadi

 

Katanya, bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kende­raan pelbagai guna (MPV) pula, tayar mampu milik kini berharga RM250 dan dijangka naik kepada RM280 sebiji, manakala trak pikap kini RM300 akan naik sekitar RM330 sebiji.

 

 

“Kenaikan harga menyebabkan ramai pelanggannya mula tidak membeli tayar prestasi tinggi yang mahal meskipun mereka menggunakan kendera­an mewah.

 

“Dapat dilihat sekarang ini golongan M40 dan T20 juga bergelut dengan masalah kewa­ngan untuk terus hidup, ada yang pakai kenderaan mewah tetapi datang bertanyakan tayar murah yang boleh dipakai kerana tidak cukup bajet.

 

“Jika diberikan secara ratio, daripada 10 pembeli tayar di kedai kami, tujuh akan beli tayar baharu dan tiga lagi akan beli tayar terpakai,” ujarnya.

 

Bagi meringankan beban pengguna, Fauzan mengambil ini­siatif menawarkan tayar tempatan dan luar negara yang murah tetapi tetap berkualiti kepada pengguna berbanding berjenama yang berprestasi tinggi dan tahan lasak.

 

“Tayar yang berjenama popu­lar ini kerap naik harga, jadi kami tawar tayar ekonomi yang berkualiti dan mampu milik kepada pengguna,” ujarnya.

 

Di George Town, seorang pe­ngusaha dan pengedar tayar kenderaan, Zakaria Yajid berkata, sejak hujung November tahun lalu sehingga Jun ini, empat kali kenaikan harga tayar berjenama popular telah berlaku.

 

Katanya, tahun ini sahaja tiga kali kenaikan harga tayar ken­deraan dengan kadar paling tinggi antara sembilan hingga 10 peratus pada Jun lalu.

 

gambar hiasan - tayar dari China

 

“Kenaikan dikatakan berpunca daripada bahan pewarna hitam pada tayar atau powder yang diimport pengeluar terbesar dari Russia yang dipasarkan pada harga tinggi ketika ini.

 

“Disebabkan itu, kira-kira 70 peratus pelanggan saya kini lebih memilih tayar kereta yang diimport dari China kerana lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding produk tayar tempatan.

 

Meskipun diketahui tayar dari China kurang kualiti dan tidak boleh dipandu laju berbanding tayar tempatan serta jangka hayatnya pula bergantung pada jarak atau kekerapan penggunaan, namun ramai yang tetap memilihnya kerana faktor harga,” ujarnya.

 

gambar hiasan

 

Menurutnya, harga terkini bagi sebiji tayar berjenama untuk kereta sedan adalah sekitar RM150 hingga RM230, MPV (RM380 hingga RM800), manakala SUV (RM380 hingga RM800).

 

Katanya, harga yang dipasarkan itu bergantung pada saiz iaitu daripada rim 13 hingga 20 inci.

 

Bagi tayar dari China pula, harga pasarannya hanya boleh didapati sekitar RM120 hingga RM160 sebiji untuk kereta jenis sedan, manakala RM200 hingga RM500 bagi tayar kenderaan jenis MPV dan SUV mengikut saiz.

 

 

gambar hiasan

 

“Ramai pemilik ke­reta hari ini dilihat berani menggunakan tayar sampai merekah dan botak. Selagi tidak pancit atau rosak dan kereta pula masih boleh bergerak, selagi itu mereka akan guna sampai dekat tujuh tahun.

 

“Penukaran tayar baharu pula kebiasan­nya dibuat secara bergilir-gilir dan ikut bajet pelanggan.

 

“Majoriti pe­langgan yang datang pilih tayar dari China sebab berbaloi meskipun tiada jaminan had kegunaanya,” ujarnya. 

 

- Kami di Careta berpendapat walaupun harga tayar semakin meningkat tetapi ia adalah salah satu elemen keselamatan yang sangat penting bagi memastikan perjalanan anda dan keluarga anda selamat sampai ke destinasi. Tiada guna mengadaikan nyawa anda dan keluarga semata-mata mahu berjimat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Pelaburan anda untuk tayar yang baik lebih berfaedah dari tukar rim sukan atau modifikasi lain pada kenderaan anda! -

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…