IAM - MIME 2023: Acara pameran yang menampilkan barisan kereta modifikasi dan EV terkini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada 27 hingga 29 Oktober ini, para peminat kereta modifikasi dan kereta elektrik (EV) bakal dikumpulkan dalam acara pameran International Automodified (IAM) Kuala Lumpur dan Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disokong oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), acara tersebut bakal menampilkan barisan kereta modifikasi, produk, inovasi dan teknologi terkini dalam industri automotif.

 

2

 

Menjadi antara acara pameran paling unik, IAM - MIME 2023 bakal menampilkan tiga genre automotif yang berbeza di bawah satu bumbung.

Khusus untuk para petrolhead dan peminat EV serta inovasi terkini, acara itu bakal menampilkan barisan:

  • Kereta generasi baharu dari pelbagai jenama
  • Kereta elektrik (EV) dengan pelbagai inovasi terkini
  • Lebih 300 buah kereta dengan modifikasi berat yang menggiurkan

Diadakan pertama kali di Malaysia pada tahun 2011, IAM mula bergabung tenaga dengan MIME pada tahun 2022 di mana hampir 104,000 pengunjung telah menghadiri acara selama tiga hari yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre.

 

3

 

Tahun ini, acara IAM memulakan jelajahnya di Singapura bermula 21 hingga 22 Oktober, sebelum tiba di Malaysian pada 27 hingga 29 Oktober.

Ia kemudiannya akan kembali ke Jakarta, Indonesia pada 2 hingga 3 December sebelum lokasi pengakhirannya di Bangkok, Thailand pada 9 hingga 10 Oktober. Menariknya, acara itu bakal membuat debut pertama di peringkat yang lebih tinggi di US pada musim panas 2024.

Antara yang menarik untuk disaksikan tahun ini ialah sebuah EV Tesla yang telah diubah suai yang oleh Exotic Mods Sdn Bhd Tesla, sebuah syarikat Jualan Tesla dan jenama Eropah pusat servis, pembaikan dan alat ganti.

 

4

 

Menariknya juga, acara itu bakal menyaksikan barisan kereta-kereta eksotik oleh JPM Museo, salah satu pengumpul persendirian hypercar dan kereta ikonik terbesar di Malaysia.

Selain pameran beratus kereta modifikasi dan EV, International Automodified (IAM) Kuala Lumpur dan Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 juga bakal menampilkan pelbagai tarikan menarik seperti perlumbaan simulasi, pameran RC, festival muzik dan pelbagai hadiah untuk pengunjung.

 

5

 

Tiket pra-jualan kini boleh didapati pada harga diskaun RM17 sehari (tawaran berakhir 31 Ogos 2023) yang boleh dibeli di laman web Malaysia Motor Expo.

Tiket kemasukan juga boleh dibeli secara walk-in di kaunter pada harga RM30. Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma (bersama pengawasan seorang dewasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diadakan pertama kali di Malaysia pada tahun 2011, IAM mula bergabung tenaga dengan MIME pada tahun…
Berita Domestik
Acara yang akan berlangsung pada 19-20 Oktober di Dewan Penampang, Kota Kinabalu Sabah ini akan…