Hyundai Sonata 2020 - bermula dari RM97 ribu (pasaran Amerika)

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor America telah mengumumkan harga jualan bagi sedan serba baharu Sonata 2020 yang akan mula dipasang di fasiliti Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) lewat bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam empat varian utama, Hyundai Sonata 2020 dikatakan menjanjikan penjimatan bahan api, di samping teknologi dan ciri keselamatan standard yang menyeluruh. 

Varian asas SE hadir dengan enjin serba baharu Smartstream 2.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan 191 kuasa kuda dan daya kilas 245 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 
 


Antara kelengkapan standard yang diberikan termasuklah lampu utama LED Hidden Lighting, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, serta skrin paparan bersaiz lapan inci. 
 
Manakala ciri keselamatan SmartSense Hyundai pula merangkumi perkara berikut: 

  • Brek Parkir Elektronik
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Amaran Tumpuan Pemandu
  • Bantuan Lampu Suluhan Tinggi
  • Kawalan Pelayaran Pintar 

Naik satu aras, Hyundai Sonata SEL pula tampil dengan tambahan seperti rim aloi bersaiz 17 inci, rupa hadapan dan belakang yang lebih sporty, peredam bunyi berkembar, cermin sisi yang lengkap dengan ciri pemanas dan lampu membelok. 

Ruang dalaman pula menerima kemasan kulit pada panel pintu, elemen warna liquid chrome, tempat duduk berkuasa boleh laras lapan cara dengan pemanas, perehat tangan tengah serta sistem kawalan suhu dua zon automatik.
 


Ciri SmartSense pula menerima tambahan ciri Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta serta Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang. 

Varian Sonata SEL Plus pula merupakan varian pertama yang menerima enjin turbo SmartStream 1.6 liter TGDI (180 hp/254 Nm), sistem transmisi auto lapan kelajuan dengan paddle shifter, serta set rim aloi dua tona bersaiz 18 inci dibaluti tayar Michelin atau Pirelli. 

Ruangan dalaman Sonata SEL Plus hadir dengan balutan bahan suede/leatherette Dinamica, set pedal aluminium, serta ciri Hyundai Digital Key. 
 


Akhir sekali, varian tertinggi Sonata Limited menerima penambahan ciri seperti:

  • Hyundai Digital Key
  • Paparan Head-Up berwarna
  • Sistem Paparan Kamera Titik Buta serta sistem Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan Parkir Pintar Jarak Jauh 

Untuk varian SEL, Hyundai menawarkan beberapa pakej aksesori yang boleh dipilih bermula dari harga serendah $1,200 (RM4,969). 

Set asas SEL Convenience Package merangkumi penawaran seperti skrin kluster instrumen LCD 12.3 inci, Hyundai Digital Key, slot pengecasan nirwayar, cermin auto-kelam dengan HomeLink, stereng balutan kulit, corong pendingin hawa dan slot USB pada baris kedua. 

Untuk kualiti bunyi hiburan yang lebih premium, anda boleh mendapatkan tambahan Premium Package bernilai $1,850 (RM7,659) yang menawarkan set bunyi Bose dengan 12 pembesar suara, kerusi balutan kulit dan stereng yang dilengkapi ciri pemanas terbina. 

 


Antara opsyen lain yang ditawarkan termasuklah:

  • Panoramic Sunroof - $1,000 (RM4,141)
  • Driver Guidance (merangkumi sistem navigasi 10.25 inci, bantuan pemanduan lebuhraya dan pakej bimbingan Blue Link) - $950 (RM3,933)

Harga jualan bagi Hyundai Sonata 2020 bermula dari $23,400 (RM96,888) untuk varian asas, manakala varian Sonata dengan enjin 1.6 liter TGDI bermula dari $27,450 (RM113,657) sehinggalah $33,300 (RM137,879). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasa pemasangan Hyundai Sonata 2020 bertempat di fasiliti Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA…