Hyundai naikkan gaji pekerja kilang di Amerika Syarikat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Santa FE 2024
Hyundai Santa FE 2024
Berita baik buat kakitangan pengeluaran Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) dan Hyundai Motor Group Metaplant America (HMGMA) kerana gaji mereka dinaikkan.

Struktur gaji baharu tersebut akan bermula pada Januari 2024 dan gaji mengikut jam dinaikkan sebanyak 25 peratus menjelang 2028.

HMMA mula mengeluarkan kenderaan di Montgomery, Alabama sejak 2005.

HMGMA yang merupakan pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) khusus Hyundai dan bertempat di Bryan County, Georgia akan memulakan pengeluaran pada awal 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kilang Hyundai Motor Amerika Syarikat

 

Bermula 2024, HMMA akan menaikkan gaji kakitangan pengeluaran sebanyak 14 peratus berbanding tahun lalu termasuk kenaikan gaji pada awal 2023.

Kenaikan gaji dibuat bagi mengekalkan kebolehsaingan syarikat selain mengambil dan mengekalkan bakat terbaik.

Kakitangan pengeluaran di Alabama telah berjaya mencapai sasaran pengeluaran mereka pada tahun ini termasuk penyediaan pengeluaran Santa Fe baharu pada Januari 2024.

Mereka juga berjaya dalam pengeluaran Genesis Electrified GV70 pada awal 2023.

 

Kilang Hyundai Motor Amerika Syarikat

 

Pergerakan gaji HMMA kepada angka teratas sudah berlangsung selama 30 bulan (2.5 tahun) dan HMMA turut menawarkan 25 hari cuti kepada kakitangan yang berkhidmat 15 tahun.

HMMA mempunyai sekitar 4,000 kakitangan pengeluaran dan secara tekal cemerlang dalam mutu, keselamatan, dan kehadiran.

Mereka juga cemerlang di dalam metrik lain bagi memastikan setiap kenderaan yang dikeluarkan memenuhi piawaian tinggi syarikat.

HMMA melabur sebanyak AS$290 juta (RM1.273 bilion) bagi mempertingkatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai.

 

Genesis Electrified GV70

 

Sebanyak AS$190 juta (RM896 juta) dikhususkan untuk naik taraf perkakasan dan peralatan bagi persediaan pengeluaran Santa Fe generasi kelima.

Bukan baharu, sejarah HMMA dengan Santa Fe bermula pada 2006. 

Hyundai Motor Group melabur sebanyak AS$12.6 bilion (RM59.47 bilion) bagi membangunkan HMGMA dan dua projek usaha sama bateri di Georgia.

Pelaburan itu akan mewujudkan 12,000 pekerjaan secara langsung dan ribuan secara tidak langsung.

 

Hyundai Santa FE 2024

 

Selain kenaikan yang diumumkan, kakitangan pengeluaran di Amerika Syarikat mempunyai kuasa rundingan dan pengaruh kuat melalui kesatuan United Auto Workers (UAW).

Kakitangan Hyundai dan beberapa lagi syarikat tidak berada di bawah UAW (nounion) namun keputusan rundingan kesatuan tersebut turut mempengaruhi syarikat lain.

Sebelum Hyundai, Toyota dan Honda juga mengumumkan kenaikan gaji kakitangan pengeluaran mereka.

UAW pada Oktober berjaya dalam rundingan baharu dengan tiga pengeluar utama (Big 3 - GM, Ford dan Stellantis) dan keputusan selanjutnya bergantung kepada undi ahli kesatuan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

 

Hyundai Santa FE 2024

Berita Berkenaan

Berita Global
Ditawarkan dalam empat varian utama, Hyundai Sonata 2020 dikatakan menjanjikan penjimatan bahan api…