Hyundai labur RM4.6 bilion buka dua kilang sel bahan api baharu di Korea

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk merancakkan lagi perniagaan bahan api alternatif hidrogen, Hyundai mengumumkan perancangan untuk mendirikan dua buah kilang sel bahan api di Korea.

Ketika majlis pecah tanah yang berlangsung di Incheon baru-baru ini, Hyundai menjelaskan fasiliti baharu ini bakal menelan belanja sekitar KRW 1.3 trilion (RM4.60 bilion), dan akan memulakan operasi menghasilkan sel bahan api menjelang separuh kedua tahun 2023.

Hyundai turut mensasarkan penghasilan sebanyak 100,000 unit sel bahan api hidrogen setahun.
 

Hyundai


Kedua-dua fasiliti baharu ini akan melengkapkan peranan fasiliti Hyundai sedia ada di Chungju, di mana ia telah pun menghasilkan unit sel bahan api semenjak tahun 2018, dengan kapasiti hanya sekitar 23,000 unit setahun.

Menurut presiden dan CEO Hyundai Mobis, Sung Hwan Cho menjelaskan, "meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan termasuk pandemik COVID-19, kami memutuskan untuk membuat pelaburan berskala besar untuk menjamin daya saing di dalam industri sel bahan api global.
 

Hyundai


Hyundai membuktikan mereka benar-benar serius dalam menjadi peneraju industri sel bahan api dengan memperlihatkan beberapa buah model konsep sebelum ini, seperti contoh Vision FK - sebuah kereta sports berkuasa hidrogen - serta Trailer Drone yang merupakan solusi pengangkutan logistik yang turut menggunakan bahan api hidrogen.

Baca: Hyundai Vision FK