Hyundai Vision FK - kereta sports RWD, mampu capai 600 km setangki penuh hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dijanjikan, Hyundai memperlihatkan secara rasmi rupa sebenar kereta sports berkuasa hidrogen yang mampu bertindak sebagai alternatif kepada kenderaan elektrik bateri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi acara dalam talian Hydrogen Wave, Hyundai membawakan Vision FK, sebuah model konsep kereta sports dua pintu dengan trenkuasa sel bahan api hidrogen.

Menurut Hyundai, Vision FK ini mempunyai konfigurasi pacuan roda belakang (RWD), dan mampu mencapai 600 km menggunakan setangki penuh hidrogen.

Dari segi kuasa, Vision FK mampu menghasilkan kuasa setinggi 690 hp dengan pecutan 0-100 km/j mampu diselesaikan dalam masa kurang empat saat.
 

trailer drone


Selain daripada itu, Hyundai turut memperkenalkan model Trailer Drone, sebuah solusi pengangkutan logistik yang boleh beroperasi tanpa pengawasan manusia, dan turut menggunakan bahan api hidrogen.

Sistem tangki modular ini membolehkan pengendali logistik memuatkan beberapa unit tangki bahan api yang mencukupi untuk sesebuah perjalanan.

Namun menurut Hyundai, ia berkeupayaan untuk mencapai jarak operasi sejauh 1,000 km yang setara dengan sistem pengangkutan kontena sedia ada.

 

Sel bahan api


Menjelang tahun 2028, Hyundai mahu memastikan mereka menawarkan trenkuasa hidrogen atau elektrik bateri untuk model komersial, selain membangunkan model komersial sel bahan api baharu untuk pasaran global.

Selain itu, Hyundai bakal memperlihatkan sistem sel bahan api generasi baharu dalam variasi 100 kW (134 hp) atau 200 kW (268 hp) menjelang tahun 2023, 50 peratus lebih murah berbanding teknologi sedia ada, 30 peratus lebih kompak dan dua kali lebih berkuasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita terbaharu yang datang daripada The Chosun ini mampu mengejutkan semua pihak apabila…