Hyundai Kona Electric rasmi dilancarkan - harga dari RM149,888

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Malaysia kini menerima sebuah lagi model kenderaan elektrik aras mula yang dilancarkan secara rasmi oleh Hyundai-Sime Darby Motors, sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai Kona Electric kini merupakan pelengkap kepada barisan SUV Kona facelift yang telah pun dilancarkan sebelum ini, dan ia memberikan pilihan kepada pengguna yang mahu beralih kepada penggunaan trenkuasa sifar emisi.

Dari segi kuasa, Hyundai Kona Electric didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang mampu menjana 136 PS untuk varian Lite dan Plus, atau 204 PS untuk varian Max, sementara angka daya kilas pula kekal pada 395 Nm.
 

Kona


Secara standard, Kona Electric didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 39.2 kWh yang membenarkan jarak pemanduan sehingga 305 km (data WLTP) sementara varian Max pula hadir dengan pek bateri yang lebih besar (64 kWh) dengan jarak pemanduan sehingga 484 km.

Varian asas Lite didatangkan dengan on-board charger 7.2 kW dengan masa pengecasan 6.5 jam, sementara model pertengahan Plus mengekalkan kapasiti bateri 39.2 kWh, namun dengan OBC yang lebih berkuasa 11 kW dengan masa pengecasan sekitar 4.5 jam.

Varian Max hadir dengan OBC berkuasa 11 kW, namun dengan pek bateri yang lebih besar (64 kWh), masa pengecasan pula adalah sekitar 7.5 jam.

Hyundai Kona Electric turut menyokong sistem pengecasan pantas DC, di mana anda boleh membuat pengecasan sepantas 60 minit sahaja.
 

kona


Sistem gantungan terdiri daripada MacPherson Strut di depan, diikuti dengan sistem multilink di bahagian belakang.

Kona Electric didatangkan dengan beberapa mod pemanduan termasuklah Eco, Normal dan Sport, sementara kehadiran paddle shifter pula dikhususkan untuk kawalan brek regeneratif.

Dari segi keselamatan, Hyundai Kona Electric hadir dengan ciri seperti bantuan pengekalan laluan (LKA), bantuan mengikut lorong (LFA), amaran pergerakan kenderaan hadapan (LVDA), bantuan pengelakan pelanggaran depan (FCA), amaran tumpuan pemandu (DAW), amaran penumpang belakang (ROA) dan bantuan suluhan tinggi (AHB).

Dua varian teratas Plus dan Max mendapat kelengkapan keselamatan tambahan seperti bantuan pengelakan pelanggaran titik buta (BCA), bantuan pengelakan pelanggaran lintasan trafik belakang (RCCA), kawalan jelajah pintar (SCC), pengesan penunggang basikal untuk ciri FCA), serta amaran keluar dengan selamat (SEA).
 

Kona


Kesemua varian Kona Electric didatangkan dengan tempat duduk balutan kulit (larasan manual untuk varian Lite), skrin kluster digital 10.25 inci, skrin infotainmen lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara, sistem pemantauan tekanan tayar, serta punat penukaran gear dengan teknologi shift-by-wire.

Dua varian teratas mendapat kelengkapan tambahan seperti paparan head-up dan slot pengecasan peranti pintar nirwayar, tidak ketinggalan sistem pemanas dan ventilasi untuk tempat duduk hadapan.

Terdapat sembilan pilihan warna dengan bumbung berwrana hitam ditawarkan kepada pembeli termasuklah Dive in Jeju, Dark Knight, Atlas White, Ignite Red, Cyber Gray Metallic, Pulse Red Pearl, Galastic Gray, Surfy Blue Metallic dan Jungle Green, diikuti dengan dua pilihan warna upholsteri iaitu Oceanids Black atau Light Shale Grey.

Harga jualan adalah seperti berikut:

Kona Electric Lite (305 km) - RM149,888
Kona Electric Plus (305 km) - RM169,888
Kona Electric Max (484 km) - RM199,888

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…