Hyundai KONA Electric mampu capai altitud tertinggi di dunia - 5,731 meter!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu percubaan yang dilakukan oleh Hyundai Motor India Ltd, mereka berjaya memandu Hyundai KONA Electric ke titik altitud paling tinggi pernah dicapai oleh mana-mana kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Sawula Pass, Tibet, Hyundai KONA Electric berjaya melepasi altitud berukuran 5,731 meter mengalahkan rekod terdahulu 5,715.28 meter. 

Menerusi cubaan terbaharu ini, Hyundai KONA Electric berjaya membuktikan keupayaannya sebagai sebuah SUV yang tahan lasak di dalam keadaan yang serba ekstrem. 

Selain daripada sistem kawalan elektronik yang banyak membantu pengendalian sepanjang pemanduan, Hyundai KONA Electric juga tidak mengalami sebarang masalah pengecasan walaupun menggunakan alat pengecas standard. 
 


Malah, SUV tersebut tidak mengalami sebarang masalah prestasi ketika mencapai titik altitud paling tinggi. 

Mengikut data ARAI, Hyundai KONA Electric mampu mencapai jarak operasi sejauh 452 kilometer untuk setiap cas penuh, dan didatangkan dengan unit pengecas mudah alih dan juga AC Wall Box Charger untuk kegunaan di rumah. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…