Hyundai Ioniq 5, Tucson buat kemunculan dalam filem Spider-Man: No Way Home

oleh Mohamad Hanif|
Jika filem-filem Marvel sebelum ini banyak menampilkan kereta-kereta jenama Audi, filem terbaharu Spider-Man bakal menampilkan kereta berjenama Hyundai!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, Hyundai mengumumkan kemunculan rasmi dua buah model SUV Ioniq 5 dan Tucson dalam filem terbaharu Spider-Man: No Way Home yang dijadualkan tayangan perdananya pada 17 Disember ini.

Selain daripada membuat kemunculan dalam filem, Ioniq 5 juga turut ditampilkan dalam satu video iklan komersial ringkas yang turut dilakonkan oleh watak utama Spider-Man, Tom Holland dan kawan baiknya, Ned Leeds (Jacob Batalon).
 

Hyundai


Video tersebut memaparkan jalan cerita Spider-Man yang mahu pulang semula ke New York, dengan menggunakan Ioniq 5 yang mampu bergerak sejauh 482 km untuk sekali cas penuh.

Secara kebetulan, salah satu daripada babak iklan tersebut memaparkan papan tanda New York dengan jarak 300 batu (482 km).

Filem Spider-Man: No Way Home merupakan filem terakhir daripada trilogi Spider-Man yang diterbitkan oleh Sony Pictures dan Marvel Studios selepas filem Homecoming (2017) dan Far From Home (2019).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Lihat sahaja watak Iron Man/Tony Stark yang dilihat 'setia' memandu kereta-kereta Audi di dalam…