Kereta Hyundai bakal membintangi filem-filem sekuel Spider-Man

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu cara untuk mempromosikan sesebuah kenderaan adalah dengan membuat penampilan di dalam beberapa filem besar, terutama filem francais yang dilihat mampu menarik segenap lapisan masyarakat yang lebih meluas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Lihat sahaja watak Iron Man/Tony Stark yang dilihat 'setia' memandu kereta-kereta Audi di dalam setiap filem yang dibintangi, dan Hyundai melihat ini sebagai satu peluang besar untuk direbut.

Menerusi perjanjian yang ditandatangani antara Hyundai dan Sony, kedua-dua syarikat Korea dan Jepun itu bersetuju untuk melakukan penempatan produk ke dalam lima buah filem Sony akan datang.

Salah sebuah daripada filem tersebut adalah sekuel kepada filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse dan juga sekuel filem aksi sebenar Spider-Man: Far From Home - masing-masing dijadualkan tayangannya pada Oktober 2022 dan November 2021.

 


Perjanjian tersebut turut merangkumi sebuah lagi filem yang dijadualkan tayangannya pada Julai 2021, iaitu Uncharted - filem aksi sebenar yang dibuat berasaskan fraincais permainan video yang berjudul sama.

Menurut Hyundai, kerjasama ini bakal menawarkan peluang yang lebih meluas untuk pengeluar tersebut mempromosikan visi Hyundai "human-centered future mobility" kepada umum.

Pada filem Spider-Man: Far From Home yang ditayangkan pada tahun lalu, kelibat pelbagai model Audi banyak diperlihatkan seperti Audi E-Tron, Audi A7 dan Audi Q8.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…