Hyundai dedah rekaan dalam crossover Casper - kerusi depan boleh lipat rata!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Casper merupakan salah satu daripada crossover aras mula yang ditawarkan oleh Hyundai untuk pasaran Korea Selatan dengan rupa paras yang agak comel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah rekaan luar diperlihatkan, Hyundai kini mendedahkan pula rekaan ruang kabin crossover segmen A yang memperlihatkan tahap versatiliti SUV ini untuk kegunaan seharian, atau melakukan aktiviti luar rumah.

Ciri utama yang dimuatkan adalah tempat duduk baris kedua yang fleksibel dan boleh digerakkan ke depan dan belakang sebanyak 160 mm, selain daripada boleh dilipat, ia juga boleh dicondongkan sehingga 39 darjah.
 

Casper


Dalam konfigurasi lima tempat duduk dengan kerusi belakang diposisikan maksimum habis ke depan, Casper mampu menawarkan ruang kargo sebesar 301 liter.

Apabila kedua-dua tempat duduk dilipat, anda boleh memuatkan barangan sepanjang 2,059 mm.

Disebabkan had dimensi, tiada konsol tengah diberikan, namun rekaan kabin masih lagi menempatkan tempat perehat tangan kecil, serta dua ruang meletakkan cawan di bawahnya.
 

Casper


Meskipun Casper ini sebuah crossover segmen A, ia tetap dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan seperti tujuh beg udara, bantuan kekal laluan, amaran pelanggaran hadapan, bantuan suluhan tinggi, serta kawalan jelajah adaptif.

Hyundai Casper boleh didapati dengan pilihan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter aspirasi natural berkuasa 75 hp dan 95 Nm, atau enjin tiga silinder sebaris turbo 1.0 liter berkuasa 100 hp dan 172 Nm.

Untuk pasaran Korea Selatan, Hyundai Casper dijual pada harga bermula dari 13.85 juta won (RM49,242), sementara model turbo boleh didapati dengan tambahan wang 950,000 won (RM3,379).

Baca: Hyundai Casper 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Selari dengan bentuknya yang comel dan ranggi tu, Casper Van disasarkan untuk golongan peniaga yang…
Berita Global
Tata Punch 2022 merupakan SUV kecil pertama pengeluar itu untuk pasaran India bagi melawan model-…
Berita Global
Nama Hyundai Casper ini bukanlah diambil daripada karakter hantu yang comel itu, sebaliknya ia…