Hyundai Bayon - crossover cilik untuk Eropah, pesaing Yaris Cross, Puma

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ada istilah 'tidak cukup SUV' bagi Hyundai di mana pengeluar automotif Korea itu baru-baru ini mendedahkan sebuah gambar acah dengan satu nama baharu yang tidak pernah didengari sebelum ini - Bayon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Hyundai Bayon ini merupakan sebuah crossover aras mula (entry-level) yang dikhususkan untuk pasaran Eropah, dan bakal diposisikan di bawah Hyundai Kona.

Selain daripada itu, Bayon juga bertindak sebagai crossover paling kecil di dalam barisan SUV Hyundai sedia ada.

Sebagai pesaing kepada Yaris Cross dan Puma, Hyundai Bayon akan menggunakan platform supermini i20, dan dikuasakan oleh enjin 1.2 liter aspirasi natural menghasilkan 84 hp, serta enjin mild-hybrid 1.0 liter dengan dua talaan berbeza, 99 hp dan 118 hp.

Bergantung kepada pilihan enjin, crossover cilik ini akan ditawarkan dalam transmisi manual enam kelajuan, atau automatik klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Setakat ini tiada sebarang info berkenaan reka bentuk yang bakal dibawakan oleh Hyundai Bayon, selain daripada gambar acah yang memaparkan lampu belakang yang dilihat seakan unit pada Proton Iriz itu.

Menurut Hyundai, crossover Bayon akan dilancarkan di Eropah menjelang separuh pertama tahun 2021, dengan harga yang lebih mampu milik.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Hyundai Bayon (disebut sebagai bye-onn) mendapat namanya daripada sebuah bandar di wilayan Basque…
Berita Global
Difahamkan, ia bakal memasuki pasaran tersebut sebelum separuh pertama tahun 2020 melabuhkan…